Showing posts with label Unggu. Show all posts
Showing posts with label Unggu. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Thanks god..

Dah masuk bulan May neh, bulan fobia bagi budak-budak yang study kat mana-mana IPT. Exam beb, satu perkara yang membuat masing-masing mendekati pada buku, nota-nota, pensel,nescafe,maggie dan benda-benda yang boleh menyegarkan mata pada tengah malam.

Gua pun terikut xtiviti ini, kalau rasa cuak sangat apabila rasa apa yang study selama ini, tak masuk ke otak.hahahaha~~


Dan juga mengingatkan gua satu perkara..




Thanks god..




(photo ne di ambil masa nak satelkan pinjaman CIMB Ekspress)


*gua tahu, Dia memerlukan, Dia menginginkan yang terbaik dan gua tahu semua itu.


lu org jgan nak banyak soal.. senyap-senyap sudah lah..

Thursday, April 30, 2009

Memori of Pelangi Yuder


Gambar ini di curik pada satu laman web jejaka hangat diperantauan.

Monday, March 9, 2009

Hiper dumber...

Apalancow!

gua mesti bagun beb!

gua nak lari 1000 meter tanpa toleh belakang!

kalau gua penat, gua berehat sambil isap rokok sebatang dan layan vanilla coke fav gua!

gua tak toleh belakang, tapi gua jeling2 shaja!

gua taw, gua kene terus berlari dan tak akan berjalan lagi!

kalau gua jatuh pun, sekurang2 nya gua taw!

gua jatuh sebab berlari, bukan berjalan ataw pun merangkak!

kwn2 gua, familly gua dan gua punya toyota vios dh tunggu kt garis penamat tu!

gua belari tak pakai kasut balapan..

gua pakai kaki ayam jer beb!

-end-

*Siapa yang mampu mencapai mahu mu, bila mana kau juga seorang manusia..-Boneca-cela

Saturday, March 7, 2009

Gua cuma tersenyum

Tiba-tiba phone gua berbunyi loceng..

Rupa2 nya reminder..


"1st date 7/03/2008"


Dah setahun 1st date gua dgn ex gua berlalu.. gua set remider tu masa zaman2 gemilang..

tapi.. bila reminder tu dah berbunyi seperti hari ini.. gua cuma tersenyum, gua taw benda dah berlalu..dan tak seindah dulu.


gua SMS ex gua.. "Hye nice to meet u"


gua tak mengharap dia ingat tarih ne.. sbb semua dah berakhir..

Sahabat

Mohd Fariz bin Pardikun..

Lu ingat x kita pernah berjanji nak kerja sama2 dan stay duduk rumah bujang sama2..

Lu ingat tak, lu pernah janji sama gua,bila lu kahwin gua jadi pengapit tetap lu..

Lu ingat lagi? yang lu nak tolong gua cari awek2 yang sesuai untuk jaga gua neh..

Lu dah lupa, masa lu dating dgn Yaya awek lu..lu ajak gua sekali sbb lu tak nak gua duduk umah sorg2.

Tapi gua nak ckp kt lu, pic lu,awek lu ngan gua dh ilang sbb wallet gua ari tu tercicir..

Masa lu kat hospital, gua panggil lu knp lu tak sahut panggilan gua?

Lu biarkan Yaya nagis kt hospital.. lu tinggalkan dia..

Petang tadi.. mak lu call gua,tanya khabar.. tanya kenapa x datang rumah lu, knp tak jenguk dia..gua sedih beb, tiba2 gua ingat semua kenangan gua lepak sama lu satu masa dulu..


Lu kawan baik gua masa kat poly.. tapi sekarang lu tinggalkan gua,yaya dan familly lu..



Al-Fatiha buat Mohd Fariz bin Pardikun 1986-2006

Monday, March 2, 2009

dalam diri gua ada kaca? soundtrack.


Lirik Boneca-Tunjukkan Aku

Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis

Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?

Oh…

*Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?

Tunjukkan aku
Tunjukkan aku

Chorus:

Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu

(Repeat *)

(Repeat chorus 2x)

Aku pun tak menahu
Aku pun tak menahu

Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?

Tuhan, tunjukkan aku

Thursday, February 19, 2009

Documentari Tido gua.

11.30pm

Gua sampai ke perkarangan rumah, melihat emak dan nenek sedang khusuk melayan astro prima bertajuk 'INTAN'. Gua yang seperti kehabisan battery ditambah pulah bau badan yang mcm bangkai terus melulu ke bilik mandi.. Setelah mandi kedegaran lagu 'aggro culture-Roots n Boots' di bahagian perot, menandakan gua perlu topap isian didalamnya. Gua ushar lauk dalam periuk, lauk tomyam dgn sambal tempe masih lagi cukup gua santap sepenuhnya. lalu gua cedok 2-3 seduk nasik untuk pegisian perut gua malam itu.

Ending pemakanan gua tidak lengkap tanpa pencuci mulut. Gua berlari keluar kawasan rumah bagi menyalakan rokok dunhill gua ,untuk memberi isyarat tanda kepuasan maksima.

12.30am

Masa melayan gadis2 yang sunyi pada waktu malam. setelah gua Online di dalam 'yahoo masger', kelihatan 2-3 gadis dan jantan2 kesunyian.. 'buzz' dari beberapa rakan.. bagi bertanyakan kabar berita di nusantara. gua cuba search lagu2 pilihan utama gua dalam internet. Tiba-tiba jalur lebar gua yang bernama 'stremix' berhenti.. carian dan online gua dalam YM terputus secara paksaan.. Gua toleh ke arah modem yang berwarna biru, kerlipan lampu hari raya menyinar menandakan line tak berapa cantek.. gua semakin malas, lalu off laptop gua.

1.15am

Gua set alarm 6.30am bagi memudahkan kerja2 solat subuh. tiada baju cuma boxer, gua mula melakukan operasi tido. 2-3 minit sahaja gua dah terlena kerana kepenatan terlampau.

2.30am

Mata gua celik tanpa sebarang sebab, gua cuba tido kembali tetapi masih tidak berjaya. Lalu wujud lah satu permainan dalam minda.. memikirkan keadaan sekarang, kerja yang memenatkan, waktu belajar yang tiada cukup masa, ketinggalan mengikuti cerita2 di wayang, masalah moto yang rosak di tempat kerja dan kerinduan pada bekas kekasih *terpaksa jujur dlm perkara ini*.

3.45am

Gua selak phone, ternyata hampir sejam gua memikirkan masalah gua, dan ternyata gua masih tidak mengantuk. Lalu gua mengubah cara dengan mengelamun impian gua.. yang semestinya ingin menggambil gmbar majis perkahwinan rakan2, menjadikan hobi gua sebagai duet poket, mengimpikan kereta idaman kalbu dan memikirkan lokasi kerja gua di atas pelantar minyak. Impian yang terlampau ini lah menjadi buruan gua sejak akhir2 ini.

4.30am

Gua masih belom terlena, gua cuba memujuk diri supaya tido bagi 'mengecas' tenaga utk di guna esk hari. Tapi pujukan gua masih tidak berjaya, lalu gua bagun capai sebatang rokok lalu pergi ke bilik air. Sambil mencangkong gua isap rokok, dan secara reflexnya gua terasa sunyi sangat malam itu, gua memikirkan ex gua, yg selalu menemani pada waktu2 begini..Oooohh shit! gua fell terlalu mendalam ketika itu sehingga rasa rokok gua tak berkesan langsung.. gua bingkas bagun lalu cara terakhir mengambil air sembahyang. nenek gua selalu kata tak blh tido ataw hati panas pg ambik air sembahyang.

5.00am

Gua kembali ke kamar, membuat 10 aksi gaya tido yang gua taw..

6.45am

Jeritan kuat seorg ibu mengejutkan gua supaya sembahyang subuh membuat gua terjaga, dan akhirnya gua tersenyum berjaya juga gua tido walaupn tak terlalu lama.. lepas solat gua tak kutip rezeki. sbb gua terus tido.. rezeki gua bnyak lari sbb gua terlupa bukak tingkap. *org yang tidak tido kembali selepas sembahyang subuh dan membuka tingkap, adalah org yang mendapat rezeki yang banyak*

Friday, February 13, 2009

gua dan Valentine's day

weekend ne tak salah gua hari para kekasih di hati..
lu kata gua sambo0t ke x?

lu org silap jika mengatakan 'TIDAK'.. gua dah 'prepared' awal2 lagi sebagai acara tahunan dalam diri gua. Jadi bila ia menjadi gua kan 'marking' kanya sebagai salah satu acara tahunan yang berjaya.

Antara aturcara yang gua akan buat.

  1. Gua akan menyediakan break 1st utk kekasi gua, berbentuk sandwich.
  2. Kami akan menonton wayang mengikut pilihan hati kekasih gua.
  3. Memakai baju ala2 boria dimana mengikot cogan kata 'sehati sejiwa'.
  4. Melepak di mc'd sambil membawa barang2 kenagan lalu, sebagai bahan cerita.
  5. Memakan kek cawan di dalam 'Eye on Malaysia'.
  6. Berkongsi minuman meneral water dan menulis nama2 kami di botol itu.
  7. Gua akan mempersembahkn lagu 'ku mau - once' di dalam youtube khas untuknya.
  8. Gua akan membeli 12 jenis choc yang berlainan dan setiap choc, gua akan menulis bulan2 tahunan sebagai tanda gua x pernah miss beli choc untuk dia.


lu rasa xtiviti yang gua buat ne melampau kew? tak pa..lagi pown setahun sekalikan. gua dah tak sabar menyambut hari itu..






Tapi gua lupa pulak..











Gua baru clash dgn awek gua 4 bulan yang lepas..jadi gua rasa acara ini terpaksa di postpone ke tahun hadapan. Itu pun kalau rezeki gua dapat teman yang blh terima peragai gua neh..

Monday, February 9, 2009

Roti bakar Attack! part 2

gua tak sopan bila menikmati sarapan lazat ini. walaupun Nasha Aziz tegur gua semasa tengah layan roti bakar neh..


Monday, January 26, 2009

Kalau dia "penarik beca", aku pula"penungang basikal"

Kali terakhir ko bawa basikal bila?
Kali terakhir ko pum tayar basikal bila?
Ko pernah bawak basikal ke?


Reality.. basikal transoprt utama dalam keluarga aku pada sekitar tahun 90-an.

Ko x ada kereta kew? ko x ada motor kew?
Ko ingat berharta kew keturunan aku neh!

Orang lain mewah dengan motor dan kereta, pada tahun 90-an keluarga aku kaya dengan basikal 3-4 bijik. Pergi pasar, pergi beli gula, pergi sekolah, pergi klinik dan pergi ke pekan. mengayuh jerk.. sebab tu keluarga aku sihat2 belaka..melakukan aktiviti sukan setiap hari.

Sejarah pamareswara aku mengayuh basikal? bermula dengan 2 tayar bantuan dibelakang ( 2tayar + 2tayar kecil = basikal budak2 ) akhirnya pada umur 4-5 tahun berjaya memandu dua tayar sahaja.. kali terakhir aku guna basikal pada tingkatan 3 jerk..

Huuu.... masuk sekolah menegah naik basikal kew? x cool langsung..

Reality mmg aku mengayuh basikal ke sekolah..masa tu ada gak rasa malu, member2 lain bawak moto bapak pergi sekolah, aku pula muka tebal mengayuh basikal.. jika nak mengorat gadis2 sekolah semasa mengayuh basikal, taktiknya cuma memandu tanpa mmgang 'handle' basikal. mesti nampak cool walaupun awal2 lagi gadis tu dah 'rejact' aku.

Ko org rasa cool x?

Masa from 1, mak aku mengayuh basikal dan aku duduk di belakang..kemudian nampak kwn2 sekelas siap 2-3 awek yang aku kenal.. dan mereka menegur "Hye Ude!"

Ko org rasa malu x kalau di tmpt aku? lancau siapa yang kata x.. seriusly mula2 aku rasa malu sgt2..sampai ada satu masa sggup pegi sekolah menapak dari rumah, alih2 kene tahan sebab masuk lambat.. akhirnya aku terima kenyataan yang basikal adalah kenderaan rasmi keluarga aku...


hari ini:"mak basikal ne kita jual lah kat kedai besi burok menyemak kat rumah jerk.."

Friday, January 23, 2009

Ini bukan simpati tapi dia emak aku..

Aku ada ibu.. dan aku gelar nya emak.. kami bukan dari glongan2 kapitalis yang memangil mama dan papa bagi yang ada ayah..

Yer.. seriusny masa kecil lagi aku mmg x dpt rasa apa itu syg dari seorg abah.. kisah family aku tak sehebat kisah keluarga yg bahagia.. yang ada masa untuk picnic bersama keluarga..ada sambutan hari lahir pada setiap ulang tahun kelahiran ahli-ahli keluarga...memang jauh berbeza.

Tidak sama sekali.. aku kadang2 iri hati bila tiba "hari bapa".. memang setiap kali iklan atau cerita menggenai hari bapa. aku rasa mcm sial... sbb? aku x dapat felling lagsung..

Last aku mesra dgn bapa aku masa darjah 3. masa tu emak dan abah memang tak sehaluan. aku hanya dikaburi oleh benda mewah yang abah bagi pada waktu itu, sebab abah datang melawat dan bawak kami keluar.Pada tahun seterusnya abah pergi meninggalkan kami..

Aku nagis? yup.. tapi kenapa? entah... mungkin "abah tak ada beli lagi barang mahal kat kami kot".. mungkin aku lihat emak nagis aku pun nagis gak..


Tapi hakikatnya aku hidup sebab emak.. sebab dia yang besarkan kami adik beradik.. naik basikal pegi pasar,hantar kami ketika demam dan semuanya kerana kami...

Jika nak dibandingkan superman,gaban, the hulk, power ranggers dan super hero yang lain2.. mak aku still power lagi.. sebab, dia boleh control 4 mahluk asing (adik-beradik aku) dengan satu tangan bila kami bergaduh.. (penampor!)..


yer emak... ude blh pandai menaip blog ne pown dari mak, sebab mak aku ahli menaip yang teror..


Dan kenapa anak mu ne masih nak belajar walaupun sudah masih bekerja.. jwpn nya sbb mak.. sbb ude nak tunjukkan, emak tak sia2 membesarkan anaknya walaupun aku ne pernah jadi seorg SkinHead pada zaman jahiliah..


dan bila tiba kamu pergi.

aku harap aku sempat tunjukkan yang aku ne seorang anak yang tidak sia2 pada kamu.




p/s dh lama aku nak bagi taw kat semua org yang mak aku ne sebenarnya power.. "jude" aku terasa nak buat artikel ne sebab aku jelos dengan bapak ko yang rockers tu.

Saturday, January 17, 2009

Apabila semua ini adalah Opera cina semata-mata.

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku


Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti



Reff:

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga


Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi






OOoohh shit! lagu ne betol2 buat aku rasa mcm sial!

Monday, January 12, 2009

Pagi 12/01/09

Yea.. hari ini pagi isnin..
Pagi yang beza dari lain...
Pagi yang akan membawa maksud kehidupan yang baru..

Pagi yang aku rasa aku dh tipu diri sendiri..
Niat nk stop smoking.
Tapi masa menaip blog ini dunhill dimulut aku.

Ooohh! shit! macam mana gadis nak melekat..
Im a smoking boy..

Mungkin gula-gula "tictac" aku tak ada masa ini.
Jadi aku boleh menghisap rokok..

Yeah mengaku rasa hampa malam tadi..
Yeah mengaku jugak, aku merokok kali ni sebab tiada siapa yang akan peduli..

Terasa loser pulak kali ini..
Tapi istilah "bagun dan lari"..
Aku guna kali ini..

Bagun disebabkan jatuh..
Lari disebabkan aku lambat..

What happen to me now, i know and i believe one day make me happy forever.

Sunday, January 11, 2009

Situasi

Aku menanti...


Tetap menanti..


Masih lagi menanti...


Dia gembira...


Aku menanti...


Aku sunyi...


Aku gembira...


Dia gembira...


Dia sedih...


Aku masih gembira...


Dia masih besedih...


Aku bersedih...


Dia tetap bersedih...


Aku Kembali menanti...


Terus menanti...


Dia gembira...


Tetap gembira...


Aku sunyi...


Aku lari...


Dan jatuh...


Pandang belakang...


Dia masih gembira...


Berehat sebentar...


Nyala sebatang rokok dan meghisapnya...


Lihat dia dari jauh...


Dan dia tetap gembira...


Menghisap rokok sampai ke pangkalnya...


Dia tetap dan masih gembira...


Bakar kembali sebatang rokok...


Lihat dia kembali...


Tetap gembira...


Aku menanti...

Thursday, January 1, 2009

Aku rindu pada vespa aku!

Sudah 3 bulan lebih vespa kesayangan aku telah ditukar hak milik..sebab tak ada "sen" sangat aku terpaksa jualkan nya.


kenangan yang tak dapat dilupakan :_
  1. Aku pernah bawak mak aku naik vespa pegi kedai masa tu x ada transport lain.
  2. Konvoi bersama rakan-rakan ke Pulau Pangkor.
  3. kenderaan masa aku bekerja sebelum masuk Politeknik.
  4. Tempat aku membazir duit dan masa.
  5. Lari daripada rod block secara beramai-ramai masa on dway pegi Hatamas.
  6. Modal untuk mengorat awek-awek yang yang naik skuter.
  7. Cari makan dengan skuter-skuter yang pasang 'tong spiker'.
  8. Rider vespa yang jahat kat Politeknik Kulim kedah batch 2006.
  9. Vespa aku hilang masa umah sewa kat kedah selama 3 jam, akhirnya ditemui balik oleh rakan2. (menyumpah-yumpah aku sapa yang nak curik vespa aku hari tu)
Aku sayang vespa aku tapi kini sudah tiada. sudah jadi hak orang lain. sedih beb... waaaaaaaaa :(

Vespa kene tambat on dway pegi Pulau Pangkor

mereka menggelar vespa aiscream keladi.

kalau ada duit banyak aku nak beli vespa lain.. hehehe~~

Selamat tinggal 2008!

Akhirnya segala persoalan telah pun terjawab. semua usaha dan setiap kata aku terpulang pada DIA untuk menerima atau tidak..

aku mahu buang semua memories yang aku akan sebut 'shit!' bila rasa down dan takboleh terima.. than semua akan berakhir bila aku celik pada pagi hari 2009.

bak kata kwn aku Nurmazlina Nabila. "Ko ne didi! dah teruk sangat, teruk sangat"
thanks kepada kawan-kawan yang sanggup mendegar aku merapu hari-hari. lalalala~~

kpd Yaya, Iffa (Ge company),Nora (awek gie) dan nurmazlina nabila (pakar brain wash) sebab mengembalikan semangat aku, yang telah down! sebelum.. sorry tak ada bunga-bunga nk dibagi..
hahaha~~

Jika sesiapa memerlukan perkhidmatan mereka sila berhubung dengan saya, dijamin setelah seminggu anda kembali normal.

THANKS U ALL!

Wednesday, December 31, 2008

Perkara yang aku kenang pada 2008. (Update)

Tahun ni memang tahun sakit aku.. bukan pasal duit,bukan pasal org mati, bukan pasal x naik gaji, tapi pasal perempuan seorg gadiss....(waduh-waduh cowok rupanya)



hehehe~~ sorry sbb seblum ne aku ada tulis 10 pkara yg aku kenang dlm 2008. Jadi dipikirkan kembali, baik aku padam kn semula 10 pekara tu.. jika sesiapa yg dah baca artikel tu sbelum ini... shuuuuusss (smbil jari telunjuk menutup bibir) senyap-senyap jerk lah...


thanks friend!


Tuesday, December 30, 2008

kedamaian bilik selepas dikemas.

Agak selesa bilik aku bila dh kemas ne..
lebih terampil dan elegan.. hahahaha~~
mcm dihiasi oleh abg botak (erik casa impian)..

bilik aku dh kemas kini jd taman hiburan anak2 sedara aku masa cuti sekolah pulak neh..

terpaksa ikot kehendak mereka yg ingin menonton upin & ipin walaupun dh masuk kali ke-1001 tgk.

Jahanam barang antik mesin taip aku...

Siapa kata mak aku neh buta IT!

lalala~~ akhir ny semua berjalan dgn lancar.. aku dpt sempat buat blog neh pun bila anak2 seadara aku ne dh tido baru lah aman..


Sakit nya..

Ari neh aku keraja normal 9am-6am slalu nya ikot shift.. disebabkan x ada kerja so masuk normal lah...

dlm pukul 11pg rakan2 mengajak pergi karokey.. dah lama aku nk layan lagu Samson- Luluh...
mmg sedih layan lagu neh.. nyanyi penuh perasaan hahaha~~ tp suara bukan best sgt.


Samson-luluh

saat terindah saat bersamamu
begitu lelapnya aku pun terbuai
sebenarnya aku tlah berharap
ku kan memiliki dirimu selamanya

segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu
tuk meredam kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

ingin ku yakini cinta ta kan berakhir
namun takdir menuliskan kita harus berakhir

segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu tuk meredam kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

ohh...ohh...
ku tak sanggup merelakanmu..
ohh...ohh...ohh..
segenap hatiku luluh lantak
mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
sungguh ku tak mampu
tuk meredam kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

Monday, December 29, 2008

im growing up!

hahaha~~
umur aku makin lanjut.. skrg dh masuk 22thn..
hehehe.. so ada lah dua kwn aku yg paling cepat wish birthday aku neh..
DIA lambat wish apa pun syukur lah dia ingat... dulu dia jnji nk sambut sama2 dgn aku.
tp skrg x. benda tu lenyap dan x kesampaian.
hahahaha~~ forget lah benda dh berlalu... x kn nk paksa dia ingat birtday aku....
lg pun aku dh biasa mcm ne setiap tahun... kalau time birthday aku mesti pg tgk wyng sorg2 dgn sh0oping tahap dewa.. hahahaha.....




saya kini berumur 22thn!