Showing posts with label Jingga. Show all posts
Showing posts with label Jingga. Show all posts

Tuesday, March 31, 2009

Aku diTag oleh Jude

1. Apakah benda yang palingg penting dalam hidup kamu?
Kegembiraan untuk orang yang tersayang.

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
Jam Tangan.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Gua tak terpikir lagi dalam hal2 sebegini.

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
9 bulan. lepastu Tsunami melanda.

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
Adooii.. tak ada soalan lain kew!

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
M'cd sek 7

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Nota Reka bentuk bahan.

8. Nama penuh anda?
Yuder!

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
owh.. saya ada ibu shaja, ayah sudah tiada.

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
bapak gua!

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
-Pet
-Jimmy
-Ajul
-Roket
-jue (gadis pet)
-Yaya (ex arwah Fariz)
-Adik (gadis Ammar)
- Din (zaman politeknik)


12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
Mr. mesin basuh!

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
Disneyland dan Japan

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
-Fasih dalam bahasa orang puteh
-Papa dia memng rock giler.
-Keluarga yang rock.
-Bibir dia mcm Angelina Jolie
-Blog yang akan aku check bila pagi2.

15. 8 perkara yang saya gilai..
-Toyota vios colur hitam siap spoilerr.
-Kopitiam yang old skool.
-Vespa
-Moto KSR.
-Art.
-Kartoon.
-Music.
-Gadis-gadis Polkaa dot.

16. Pelukan atau ciuman?
Bersetubuh x boleh kew!

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
layan comic kat one mangga je. dunia dh maju beb!

18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
-Alternetif : Root n Boots.
-Racial Hatred : The Bois.
-Agrro Cultrue :Roots n Boots.
-Teddy Picker : Artic monkey.
-Leave before the lights come on : Artic monkey
- Kamu kamulah syurga ku -The Rock.
- Metal vs dugem : Project Pop.
- Aku mahu : Once.

19. mari main TAG 8 orang lain.

Tak banyak org yg melawat blog gua ne..
so gua Tag yang mana kerap coment kt blog gua neh..

-miss Tiger. (sila tag pada coment ini ok.)
-suka suki mira.
-miss Borgiba.
-Joyah.
-jude ( ko tak yah sebab dh buat kan) nak buat lagi pown tak pe.. kekeke~~
-Takayun.


Kenapa ini terjadi kepada diri gua?



Gadis kaunter tiket : "Adik cerita ini 18 tahun ke atas, akak tengok ic boleh?"



*peehh... lepas ne gua boleh mandi-manda kat sunway lagoon pakai rate kanak2 lah.

Monday, March 30, 2009

Misi Tak tercapai..

Sabtu 28 may 60 Earth Hour.. dan gua mula bercadang ingin menyelamatkan dunia dari pemanasan global yang melampau, walaupun gua seorg kaki somking yg hampir hardcore. Semangat cintakan dunia bergolak2 sejak membuat lawatan percuma di Petrosains bersama kwn yang sudi beratur dari awal pagi.

Gua tak pandai nak buat surat layang bagi menghentikan kegiatan merosakkan alam sekitar ini, tak berani nak cakp gua akan berhenti merokok dan tak pandai nak buat gaya ala2 Karam sing walia, yang membongkar pencemaran alam kat TV3. Tapi yang gua tau tutup lampu selama sejam bagi mengurangkan pemanasan global ini.

Tapi masalahnya warga2 tue sekitar 50an ini tak mengambil port sangat pasal hal2 dunia ini. Setelah mereka selamat dari komunis dan jepon mereka terus pikir, semua masalah dah tamat. Nenek gua yang ku cintai, gua nk ckp benda2 pasal pemanasan global ne pown dia bukan paham sangat yang dia tahu, pegang remote astro layan kongsert AF7. Gua tak menderhaka kat nenek gua, tapi terpaksa mengembirakan dia membuka lampu di ruang tamu bagi memudahkan aksi2 tontonan dia berjalan dengan lancar.

gua rasa misi gua tak tercapai.

Monday, March 16, 2009

kertas.

Lu boleh bagi gua sehelai kertas?

gua nak tulis, apa yang gua rasa dan kenapa gua tak lena tido..

Lu ada kertas lagi? bagi gua lagi sekeping..

gua nak tulis, apa yang gua nak selama ini dan apa yang boleh lenakan tido gua.

Lu ada "lighter" atau mancis?

gua nak bakar kertas yang pertama, untuk bagi gua lupakan selamanya.

Lu ada roti lebih?

gua nak salut roti dengan kertas kedua, kemudian makan bagi memastikan jangka hayat gua masih lama lagi dan perlu buat benda-benda yang di catit pada kertas kedua.

Friday, March 6, 2009

Spender Basah

Istilah Spender Basah dalam xtiviti kerja gua..

  1. Tiada masa untuk mengular semasa berkeja.
  2. Masa penghadaman makanan gua yang tidak sampai maksima.
  3. Dapat melabuhkan punggung di kerusi sekitar2-3 minit sahaja.
  4. Kekerapan mengeluarkan kata2 lucah pada mesin2 yang x bernyawa.
  5. Ruang masa untuk merokok terhad.
  6. Kekerapan sistem perkumbahan daripada peluh lebih dari biasa.
  7. Titik masa pergerakan gua seperti berlari 1000 meter berpagar.
  8. Komunikasi sesama rakan sekerja tidak bergutu lancar.
  9. Ganguan xtiviti angan2 gua semasa kerja terbantut.
  10. Acara karokey bersama rakan2 semasa kerja dibatalkan.


*Gua rasa, nak tukar bidang kerjaya gua ne lah.. lu org ada kerja kosong? gua nak jadi pegawai bank tak pun penggurus pemasaran barang2 kosmetik paling cibai pun tokey kedai basikal.

Wednesday, March 4, 2009

HIPERBOLA atau HIPERMARKET?

Gua rasa, ilmu yang belajar pada hari minggu semakin hilang dan kabur.. jadi malam ne gua mengambil langkah yang bijak.

Sewaktu nenek dan emak gua sedang berdengkur panjang, gua mula mengambil caculator saintifik dan modul2 'killer' bagi mengulangkaji.. yeaa.. gua ulangi mengulangkaji. Agak ganjal menulis perkataan itu, dan tidak sepadan bagi bekas skinhead yang selalu nk masuk 'gig' free shaja.

Dengan memulakan ayat 'bismilah' gua bakar rokok sebagai pembuka bicara. 0n astro bukak chanel 'Radio Era' sebagai hiburan sampingan. Habis rokok gua memulakan ulangkaji bagi sesi pertama gua berjaya menjawab soalan2 'Fungsi Hiperbola' dan 'Hiperbola Sogsang' masuk sesi ke-2 gua bakar rokok sebatang, sbb gua taw sesi kali ini lebih mencabar pemikiran gua. sambil tu gua bukak chanel '104 astro prima' yeahh.. rancangan fev gua. Trex selebriti.. walaupn x ada unsur2 pelumbaan. Gua tetap minat..

Gua sambung xtviti ulangkaji..selepas habis rokok d tangan. Sangkaan gua tepat, sudah setengah jam berlalu tapi gua mampu menjawab satu soalan shaja. Yang lain kiraan gua bersepah-sepah..
Gua toleh kejam, sudah pukul 3pagi. Apalancaow (awin gua pinjam ayat lu) , gua bingkas bagun utk berkemas dan terus kembali ke kamar untuk beradu bersama bantal gua..



*Akirnya gua baru sedar semasa pembelajaran untuk soalan 'killer' td, gua x ambik fokus masa lect sedag mengajar, sbb gua tgh jiwa kacaw.


gua jiwa kacaw kew? Apalancaow (pinjam lagi ayat lu)

Monday, March 2, 2009

Trima kaseh daun pinang..


trima kaseh cik takayun. 'tag' saya tentang pix ne..

anak murid sihat?

Saturday, February 28, 2009

Celcom 12.30pm to 2.30pm



Gua semalam boleh karokey pulak lagu "Tunjukkan aku - Boneca" dengan kawan gua dalam phone..





*gua rasa, muka ganas gua dh hilang malam tadi.

Monday, February 9, 2009

2.30AM

Muka gua selepas 5jam perjalanan dalam kereta...

*kelihatan seperti datang bulan, apabila rakan2 jerawat gua mula mendirikan rumahtangga pada pipi kanan gua..

*gua dalam proses tumbesaran..

*'babi!' rambot gua NAMPAK HODOH seperti ahli kumpulan putus cinta. (emo)

Friday, February 6, 2009

Bila dapur bukan satu jajahan.

Disebabkn result PMR gua bebal, gua suruh mak gua apply kn gua sek.vokasional dalam bidang katering.. sbb masa dan waktu itu gua agak gemar dalam bidang memasak2 neh..
bila dh dapat gua kene tolak dgn rasa dukacitanya..sbb kt sek tu x ada asrama lelaki.. sbb masa batch gua hanya 11 jantan jerk yang terpilih yang lain awek2 yang nak jd suri rumah bila dah habis SPM.
gua punya furst masa tu x dapat pegi, gua bakar surat panggilan tu.. shit..

errkk.. gua marah sbb x dapat nk ushar awek kt sana kew, ataw niat tulus gua nk belajar terlepas?


Di sebab kan gua x dapat belajar memasak ne lah hasilnya..

sejak dari azali bab2 goreng telur gua memang kantoi.

lu orang ada selera kew nak makan? gua selamba sbb gua dah lapor.


p/s jika ingin tahu resepi ini sila lah privet mesg kt gua. jgn segan beb..

Sunday, February 1, 2009

Zombie kamp0ng pisang 2 -Part 1







Akan di tayangkan di pawagam berhampiran..


p/s- gua sebenarny kepala tgh pening neh..

Friday, January 16, 2009

memang berbaloi~~

Mama selalu cakap biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Sama juga jangan balas balik kalau orang tu buat jahat kat kita.



"Bahek ma!"

Kalau kamu tengah down akibat perbuatan orang, biarkan. Jangan pedulikkan apa dia buat kat kamu. Dia tak perlukan kamu. Kamu buat apa nak terhegeh-hegeh perlukan dia?

Kat sini kena ada ego sedikit. SIKIT JE. jangan banyak!

Kalau ada sedikit ego, perasaan kamu dah sedikit stabil; contoh kamu sedih, tapi dengan ada sedikit ego, kamu mampu mengawal perasaan dengan keegoan yang ada dalam diri kamu.

That is fine. Totally. Supaya kamu taklah jadi seorang yang emosi dan merungut tentang betapa celakanya hidup kamu tu. Semua orang ada masalah, bukan kamu seorang shj.

Aku memang benci orang yang suka merungut dan complain. MAKE DO WITH WHAT U HAVE AND JUST THANK GOD DAMMIT!

Bagi aku, orang yang kuat merungut adalah orang yang tak reti nak bersyukur. Mintak maaf, I am being so frank here.


Dan jangan salahkan orang lain sebagai punca timbul masalah kamu. Sebab tu aku cakap ego tak boleh banyak.

Kalau banyak, semua orang lah punca masalah kamu. Semua orang salah. Kamu shj yang betul!
*dari sini dah boleh nampak siapa salah siapa tak. kan?*

Kalau memang bukan salah kamu, kalau kamu masih boleh lagi selamatkan nama kamu dalam situasi itu, silakan.

Tapi kalau dah terlambat dan orang mula cakap belakang / bergossip / mengumpat, biarkan sayang. Yang penting, kamu tahu diri kamu siapa dan perkara sebenar yang telah berlaku.

Kawan tinggalkan kamu? Biarkan. Satu hari nnti, dia akan datang balik dekat kamu untuk minta pertolongan.

Kekasih tinggalkan kamu? Biarkan. Satu hari dia akan alami rasa perit perasaan kena buang macam sampah.
Kamu tak dapat nak hidup dalam kaya raya? Jangan merungut. Rezeki kamu di tempat lain.


Asalkan kamu puas hati dengan hidup kamu, itu dah mencukupi. tak kira miskin atau moderate atau kaya atau raya atau roti kaya atau hantu raya...
Life is fair. It is never been unfair.Kamu je yang tak nampak betul-betul.God works in weird ways dear.


artikel ini di copy dari http://screwyoujudas.blogspot.com/

thanks! jude u rock ( boys don't cry )

Thursday, January 15, 2009

kerja itu mengembirakan...

Dah dua hari ni datang kerja jerk nak gelak..ngan kawan-kawan.
itu yang best ting aku rasa yang aku happy sepanjang hari di waktu kerja..

dua hari ni jadi pelarian.. tempat kerja sibuk ada audit..yang tak ada kerja sibuk cari port nk tido, ada yang cari port sibuk-sibuk buat kerja takut dibagi tugasan mcm mat-mat nepal cth lap cermin, cat tiang dan buat 5S ( 5s ne kalau budak2 kilang mcm aku taw lah, kalau yg baca ne kaki lepak office comfom, haram kejadah tak tahu benda tu).

kalau line clear 2-3 kali keluar rehat layan teh tarik dgn rojak.. yeah dh mcm kilang bapak sendiri. lepas tu layan borak benda yang bukan-bukan kutuk kawan depan-depan memang aktiviti favrote aku.


Pagi sampai kilang sorg staff bob tak datang, tanya kwn sekerja mana "bob" (pangilan kepada seorang yang bertubuh besar dan agak comel) "bob tak datang dia bagi meseg sakit urat", aku pun malas nak pikir bukan-bukan. sampuk seorang rakan sekerja "mana tak kejang org suruh minum tongkat ali, yang dia kunyah tongkat ali mcm makan tebu".. wakakakaka~~ pagi-pagi aku dh sakit perut dengar dorang kutuk "bob". (maaf bob kutuk ko, lagi pun ko kn kaki kutuk gak.)


Tgh hari masing-masing keluar rehat. lepas makan borak lah mcm-mcm. sambil menikmati rokok sebagai pencuci mulut. " krol (aku) ko hari selasa kena temuduga mcm mana?" pertanyaan dari edy (muka jambu hidung bak kepala paip). " owrite, ada rezeki dpt lah, tapi tang tanya rukun iman dgn islam mengagap aku" wakakaka~~ masing2 ketawa.. edy dgn selambanya memotong gelak tawa kita orang, "ok lah tu kalau di suruh azan masa temuduga baru ko tau" wakakaka~~ bertambah lagi ketawa kita org, lagi-lagi kalau bab2 tokok tambah cerita bagi nak hilang bosan kat meja makn.

Shuk kaki pancing, petang td teman kan dia pegi hardwear bos suruh beli skru, bermodalkan cop kilang sebagai bukti nk beli barang. sampai jerk kat kedai tu shuk ckp kita dh mcm kembali zaman destinasi china. kes-kes bawak cop moho pembesar.. aku gelak sakan depan kedai tu.. bila shuk ckp fakta tu. So kita orang buat mcm zaman dulu. aku jalan kat depan sambil bunyi opera cina "ceng-ceng-ceng", shuk pulak kat belakang aku angkat tinggi-tinggi cop, mcm pembesar cina dulu-dulu. Sampai taukey hardwear tu pun pelik tengok kita org.

shuk : "maw skru saiz ne..sama ini part bagi 10 set"..

aku : "shuk ko kan kaki pancing apa kata ko beli ragum ne buat cabut mata kail ko"

shuk : " gila ko besar ne, buat apa aku dh beli nk guna pun saiz kecil kalau besar ne buat cabut gigi wak" (wak, pekerja warga tua yang mempunyai kerosakan gigi di bahagian depan shaja.)

aku & shuk : Tanpa menghiraukan taukey kedai yg sibuk cari barang oder, kita orang gelak kuat-kuat. wakakakakakakaka~~~




Dah sampai rumah, aku tak boleh ketawa lagi. tak kan nk buat lawak bodoh kat ibu pulak mau kene khidmat kaki jurus ke-8. jadi malam jerk aku rasa kantoi, sunyi.... 0oohh shit!

Wednesday, January 14, 2009

Aku seorang yang kemas.. untuk sesi temuduga.

Bayangkan.. dress selalu pakai seluar jeans yang fit diatas tp booot cut dibawah.. pakai T-shirt cartoon feveret dan kasut start dari beli tak pernah terniat nak cuci.


Tapi pagi semalam aku pakai baju kemeja-T bertali leher berseluar slack hitam (mcm mat-mat nepal), berkasut ala-ala aladin (yg jenis hujung tersungkit tu..) rambut teramat kemas dari keadaan biasa.. siap pakai bedak kt muka lagi..(wakakakaka)

Ooohh.... itu aku, yang akan pergi temu duga kat SPA sebagai pembantu pemeriksa kilang.

Aktiviti bermula 6.30 pagi lepas solat subuh, aku gerak.. dengan bermodalkan mp3 kesayangan aku.. menuju ke putrajaya.. yeaahh... jauh perjalanan sejuk badan. (pagi-pagi bawak moto cuba ko bayangkan.)

dah sampai ambik nombor giliran..

tuuuuu... dia..

ramai sangat orang yang datang nak temuduga..
siap bawak mak lagi (agak2 pakai kabel kot..)

Ting! 511

nombor aku!

tok2 (ketuk pintu)

Aku :Assalamualaikum... (sambil salam tangan dekat dua orang otai yang nak interview aku)

Tuan 1 : ok sila perkenalkan diri dan tugas kerja anda sekarang.

Aku : saya Khairul Hazawan muhammad berumur 22thn bla..bla...bla.... (malas nk taip pnjang sangat)

Tuan 1 : bagus neh.. menteri kerja sumber dan manusia.

Aku : Datuk Dr S subramaniam (nama senang ingat sebab sama nama kwn aku masa sek dulu)

Tuan 1 : awak mengeletar yeah.. relax la...

Aku : :) a'ah tuan 1st time ( tarik nafas panjang2 dan buat ala-ala berbual kt kedai kopi.. )

Tuan 2 : ok lah.. rukun iman ada berapa..

Aku : glup! (terkedu kejap)

Aku : errr... ada 6 tuan..

Tuan 2: betol kew..

Aku : (ish main saiko2 ne aku lemau) err.. betol la (tawakal jerk)

Tuan 1: Ok! apa dia rukun iman tu..

Aku : bla..bla..bla... (sampai ke 6 kantoi)

Tuan 1: Pecaya pada kitab.

Aku : maaf tuan terlupa. ( muka merah padam mcm ada pakai blusher pink kt pipi)

Tuan 2 : Ok itu saja terima kasih..

Aku : terima kasih tuan sebab bagi peluang temuduga ne.. maaf kalau tersasul lagi pun ni 1st time..saya datang temuduga. ( masing-masing gelak)

keluar pintu jerk aku gelak sorang-sorang... orang lain ngah tunggu giliran temuduga pelik...
hahahahaha~~~

(sebenarnya panjang lagi malas nak taip.. sebab bnyak cerita pasal job aku sekarang neh..tapi yang aku tak boleh lupa soalan-soalan neh la..)


insahallah kalau tuhan tu bagi rezeki kat aku. dapat lah job tu.. tak payah aku nk pening-pening lagi pasal kejew.. boleh aku focus dengan study aku. ( ayat ne macam budak sekema jerk..)

Friday, January 2, 2009

Teka- teki bersama cikgu Karim.

Satu hari cikgu karim datang ke kelas 3 cempaka.

cikgu karim: Murid-murid cikgu nak bagi satu teka-teki.

murid: (terpinga-pinga )

cikgu karim: Tok imam selalu pakai kapur apa?

murid:(mengaruk kepala adalah tabiat manusia jika tidak tahu jawapan ataw soalan yang di tujukn)


*****************************

cikgu karim: KAPUR BARUS la......


Tok imam selalu guna untuk memandikan orang yang telah meningal dunia.

Jiwang kew?

Aku ada baca beberapa blog org dan ternyata blog mereka memang best gile funny dan penuh maklumat. Jika sesiapa terbaca blog aku ni mesti suspect aku jiwang karat. sbb kes bodoh aku pada tahun lepas.. (tepaksa pakai paper bag kat kepala bagi tidak dikenali wajah).. jadi aku nk gelak sekuat2 hati dulu sebelum ada beberapa pelawat ketawakan aku dan mengketegorikan aku beberapa perkara.

Antaranya:-

  1. Jiwang gila mamat neh!
  2. Nak buat kisah cinta pulakk kat dalam blog.
  3. Buat ayat simpati sebab lepas ni mesti ada girl-girl lain yang terpikat.
  4. Suuuuuuudahhhhh lah ( ayat bagi rakan2 aku ketika rasa menyampah)
  5. Poyolah! ( salah satu ejaan yang tak pernah ada dalam kamus dewan bahasa tapi semua org tahu)


Oonnkk2 (bunyi donkey not pig)

Thursday, January 1, 2009

Perkara yang pelik ketika ibu megandungkan aku.

1) Mak aku ingat aku ni anak perempuan jadi dia nak letak nama 'Rozana' sebab mak aku boleh terpengaruh dengan Amy Search dalam lagu 'Rozana'. nasib baik aku lahir jantina lelaki kalau perempuan mesti aku dah bosan sangat dengar lagu Search.

2) Mak aku mengidam nak makan itik gantung. tapi bukan jual kat kedai tomyam kew, kedai awe kelantan ker tapi kat kedai china. siap kena bungkus dengan surat kabar cina.. nasib baik arwah ayah aku tak pergi carik kalau tak mesti lahir-lahir jerk lehir aku dah macam itik tergantung..

3) Aku lahir 29hb Disember 1986. mak aku bagi tahu sepatutnya aku lahir dalam awal bulan Januari 1987. Tapi mungkin aku xcited sangat nak lihat dunia tu yang keluar awal tak sempat sambut kat hospital. Bidan mana entah sambut aku kat atas katil umah lama aku kat Kl taman Ikan Emas. Thanks makcik bidan kerana sambut saya dengan selamat dan mak saya pun selamat ketika melahirkan saya. (berapa banyak lah saya) moga tuhan mencucuri rahmat makcik. -Amin-

Lagu angan2 semasa nk tido.


Mocca - The Best Thing in The world

I've got the best thing in the world
Coz' I got you in my heart
And this screw little world
Let's hold hand together
We can share forever
Maybe someday the sky will be coloured with
our love

I wake up in the morning
Feeling emptyness in my heart
This pain is just too real
I dream about you,
with someone else
Please say that you love me
That we'll never be apart

You have to promise
That you will be faithfull
And there will be lots and lots of love
It is the thing that really matters in this world...

(i love mocca)