11.30pm
Gua sampai ke perkarangan rumah, melihat emak dan nenek sedang khusuk melayan astro prima bertajuk 'INTAN'. Gua yang seperti kehabisan battery ditambah pulah bau badan yang mcm bangkai terus melulu ke bilik mandi.. Setelah mandi kedegaran lagu 'aggro culture-Roots n Boots' di bahagian perot, menandakan gua perlu topap isian didalamnya. Gua ushar lauk dalam periuk, lauk tomyam dgn sambal tempe masih lagi cukup gua santap sepenuhnya. lalu gua cedok 2-3 seduk nasik untuk pegisian perut gua malam itu.
Ending pemakanan gua tidak lengkap tanpa pencuci mulut. Gua berlari keluar kawasan rumah bagi menyalakan rokok dunhill gua ,untuk memberi isyarat tanda kepuasan maksima.
12.30am
Masa melayan gadis2 yang sunyi pada waktu malam. setelah gua Online di dalam 'yahoo masger', kelihatan 2-3 gadis dan jantan2 kesunyian.. 'buzz' dari beberapa rakan.. bagi bertanyakan kabar berita di nusantara. gua cuba search lagu2 pilihan utama gua dalam internet. Tiba-tiba jalur lebar gua yang bernama 'stremix' berhenti.. carian dan online gua dalam YM terputus secara paksaan.. Gua toleh ke arah modem yang berwarna biru, kerlipan lampu hari raya menyinar menandakan line tak berapa cantek.. gua semakin malas, lalu off laptop gua.
1.15am
Gua set alarm 6.30am bagi memudahkan kerja2 solat subuh. tiada baju cuma boxer, gua mula melakukan operasi tido. 2-3 minit sahaja gua dah terlena kerana kepenatan terlampau.
2.30am
Mata gua celik tanpa sebarang sebab, gua cuba tido kembali tetapi masih tidak berjaya. Lalu wujud lah satu permainan dalam minda.. memikirkan keadaan sekarang, kerja yang memenatkan, waktu belajar yang tiada cukup masa, ketinggalan mengikuti cerita2 di wayang, masalah moto yang rosak di tempat kerja dan kerinduan pada bekas kekasih *terpaksa jujur dlm perkara ini*.
3.45am
Gua selak phone, ternyata hampir sejam gua memikirkan masalah gua, dan ternyata gua masih tidak mengantuk. Lalu gua mengubah cara dengan mengelamun impian gua.. yang semestinya ingin menggambil gmbar majis perkahwinan rakan2, menjadikan hobi gua sebagai duet poket, mengimpikan kereta idaman kalbu dan memikirkan lokasi kerja gua di atas pelantar minyak. Impian yang terlampau ini lah menjadi buruan gua sejak akhir2 ini.
4.30am
Gua masih belom terlena, gua cuba memujuk diri supaya tido bagi 'mengecas' tenaga utk di guna esk hari. Tapi pujukan gua masih tidak berjaya, lalu gua bagun capai sebatang rokok lalu pergi ke bilik air. Sambil mencangkong gua isap rokok, dan secara reflexnya gua terasa sunyi sangat malam itu, gua memikirkan ex gua, yg selalu menemani pada waktu2 begini..Oooohh shit! gua fell terlalu mendalam ketika itu sehingga rasa rokok gua tak berkesan langsung.. gua bingkas bagun lalu cara terakhir mengambil air sembahyang. nenek gua selalu kata tak blh tido ataw hati panas pg ambik air sembahyang.
5.00am
Gua kembali ke kamar, membuat 10 aksi gaya tido yang gua taw..
6.45am
Jeritan kuat seorg ibu mengejutkan gua supaya sembahyang subuh membuat gua terjaga, dan akhirnya gua tersenyum berjaya juga gua tido walaupn tak terlalu lama.. lepas solat gua tak kutip rezeki. sbb gua terus tido.. rezeki gua bnyak lari sbb gua terlupa bukak tingkap. *org yang tidak tido kembali selepas sembahyang subuh dan membuka tingkap, adalah org yang mendapat rezeki yang banyak*
The Two Best Hiking Snacks
5 years ago
No comments:
Post a Comment