Showing posts with label Merah. Show all posts
Showing posts with label Merah. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Thanks god..

Dah masuk bulan May neh, bulan fobia bagi budak-budak yang study kat mana-mana IPT. Exam beb, satu perkara yang membuat masing-masing mendekati pada buku, nota-nota, pensel,nescafe,maggie dan benda-benda yang boleh menyegarkan mata pada tengah malam.

Gua pun terikut xtiviti ini, kalau rasa cuak sangat apabila rasa apa yang study selama ini, tak masuk ke otak.hahahaha~~


Dan juga mengingatkan gua satu perkara..




Thanks god..




(photo ne di ambil masa nak satelkan pinjaman CIMB Ekspress)


*gua tahu, Dia memerlukan, Dia menginginkan yang terbaik dan gua tahu semua itu.


lu org jgan nak banyak soal.. senyap-senyap sudah lah..

Wednesday, May 6, 2009

Do you hate me?

setiap hari kita main sepak terajang..
setiap hari kita gelak ketawa..

satu malam..

gua sepak terlalu kuat..
terlalu mendalam..
terlalu sakit buat lu..


gua tahu, gua terover kali ini,
sepak gua yang kuat bukan bermaksud nak sakitkan lu,
tapi bagi lu celik kembali,
dan segar kembali kepada yang dulu.


gua memang sial dalam perkara-perkara itu,
sopan dan tidak beradap memang ada pada diri gua,
gua tahu yang gua perlukan lu untuk masa-masa tertentu,
lu perlukan gua jugak untuk waktu-waktu tertentu.


gua x nak sakitkan lu beb.,
apatah lagi nak bagi sepak terajang tu kepada hight power,
gua silap bersar pada kali ini beb,
gua tak tahu apa yg boleh digantikan dengan kesilapan kali neh.


Take ur time beb. kalau nk maafkan gua..
lu memamng patot marahkan gua pasl hal itu.

Thursday, April 30, 2009

Memori of Pelangi Yuder


Gambar ini di curik pada satu laman web jejaka hangat diperantauan.

Sunday, April 12, 2009

lost mineral in body

gua kene bekerja dan belajar pada waktu yang sama..
gua kena perah otak dan perah tenaga pada waktu yang sama..
gua kena tahan emosi dan jasmani pada waktu yang sama..

gua kena hadapi semua dengan senyuman.

umpama setiap lirik dari "hadapi dengan senyuman"-dewa by Ahmad dDani

hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi...
hadapi dengan tenang jiwa, semua akan baik2 sahaja..


seharian ahad axtiviti gua.

7.30pagi pegi keja.. (terpaksa sebab urgent d hari minggu ini)
*kantoi satu class disebabkan kerja.

3.30ptg balik keja, tanpa mandi, badan bau bangkai.. on the spot terus gerak Poly sebab ada clas maht yang masih boleh join walaupun lewat 2jam..

5.pm balik poly, gua ada axtivity santai bersama rakan2 kelas. bermain futsal..
*gua x bawak seluar pendek dan kasut, tapi berjaya mendapat simpati dari rakan2 untuk dipinjamkan.

7.00 pm gua singgah HSBC bank bayar kredit card, untuk membeli DSLR satu ketika dulu.

7.30pm masih di dalam kater, suasana hujan lebat.. mata gua dh layu semasa drive.. nasib baikk gua boleh memekak dalam kater sorg2.

8.00pm singgah ke petronas, isi minyak. beli ais cream nk cari penyakit, time2 sejuk makan ais cream dalam kereta siap pasang aircond dengan harapan esk boleh demam. dan boleh lepak kat umah..

8.15pm gua sampai distinasi.


tapi sampai sekarang gua x rasa nk demam.. shiit lah. esk kene wajib bekerja...

Tuesday, April 7, 2009

Kisah orang awam.

Pukul 11.30 pg gua dh terpacak dekat komuter klang. on daway pg Kl sentral berjumpa peminat setia gigi gua. Jam berada di stesyen menunjukan lagi 20 minit ketibaan train. Gua tak ada teman disitu, lalu menyalakan rokok sebatang sebagai teman setia.

Lalu gua di tegur seorg 'Macha', berseluar bootcut bersenglet puteh dan membawa dua beg yang agak besar. Lalu dia bertanyakan gua..

Macha : Bro ne komuter menghala ker kuala kubu?
gua : Errkk.. yerkot lagi pown saya tak pasti.
Macha : Tak pa lah, sebab saya 1st time naik train neh..
gua : Owh.. dari mana ni?
Macha : Dari rumah kwn, lagi pun saya baru keluar penjara..

*kepala otak gua tiba2 terhenti sekejap memikirkan perkataan "PENJARA"

Gua : Oh.. saya khairul ( gua ne rakyat malaysia so kene lah salam dan perkenalkan diri)
Macha : Saya Siva, nak kemana?
Gua : KL Sentral jumpa kawan..ada kerja ke di sana?
Macha : Membakar rokok lalu membalas soalan tadi, saya kene buat report kat Kuala Kubu.
Gua : Kira kene kuarintin la ne..
Macha : Macam tu lah, kene tahan selama setahun kt sana. buat report seminggu sekali.
Had limit 6pagi sampai 8 malam, lepas tu kene satay kat rumah.
Gua : So ada kawan kat sana lah?
Macha : Ada pakcik, sampai sana dia tlg carikan rumah sewa, dan kerja.
Gua : Oklah kira dah ada org tolong kat sana.

*Suasana sepi seketika burung2 berkecipan di ruang udara.

Gua : Sorry lah kalau soalan ne tak bagus sgt, lu masuk penjara sebab apa?
Macha : Kes samun gudang, dekat johore.kene tahan masa lepas habis SPM,masuk penjara 2thn.
Gua : So umur sekarang 20?
Macha : A'ah.

*gua terasa gua mengalami masalah pertumbesaran. gua dah nak masuk 24thn tapi badan gua mcm budak darjah 6.

*TING TUNG! Train ke sentul akan datang sebentar lagi terima kasih. ( awek komuter bg taw)

Di dalam komuter gua duduk di sebelah 'Macha' tersebut, dengan niat nak borak lagi pasal kehidupan dia.

Gua : Dalam penjara ada kes2 buli tak?
Macha : Owh itu biasa, kene ikut budak baru masuk, kene cuci pingan,mop lantai dan mcm2 lagi.

*Gua teringat kisah 'America Story X' aksi2 seorg skinhead kene jubor dengan pesalah2 yg lebih otai dengan cara paksan. oohh.. jubur gua tiba terkecut..

Gua : Nak tanya lu ne dari golongan2 org susah ke?
Macha : Lama berfikir lalu jawapan hanya. dari golongan sederhana.
Gua : Mesti time Depavali lu rasa sedih.
Macha : Biasalah tapi family ada datang melawat.


*Awek gua bersuara lagi. "KL Sentaral".


Gua pown berlalu meninggalkan macha.. yg asik memandang tingkap semasa perjalanan tadi..


Manusia mesti ada buat kesilapan, semua kesilapan boleh diubah dan diperbaiki atas kehendak diri sendiri.

Saturday, April 4, 2009

Kepala gua pening ne beb!

gua rasa umpama menaiki Rollercoster sebanyak 8kali..
gua rasa seperti mengabil 10 botol Jack Danial.
gua rasa nak tranfer sakit kepala gua kat mana2 sukerelawan yang sudi membatu.
gua rasa memerlukan belayan gadis2 supaya gua boleh cepat sembuh.


gua menggalami pertumbesaran gigi pada peringkat dewasa. Kelihatan gigi geraham gua sudah mula tumbuh tanpa keizinan gua. Rasa nak caboot jerkk..


Tuesday, March 17, 2009

Siapa mereka?

Bila gua baru kenal dunia, mereka yang bantu menunjukan jalan, memberi warna pensel untuk gua lakarkan, memberi rentak bagi gua serasikan dan memberi dorongan supaya gua tak ditinggalkan. Ada kalanya perjalanan yang mereka berhaluan kiri, gua sama sekali tidak salahkan mereka sebab ia adalah naluri gua untuk besama mereka.

Bila gua rasa berada di perkuburan, sunyi dan sepi. mereka datang membawa ahli-ahli sarkas, Badut, ahli silat mata dan penjaga singa bagi menghiburkan gua. Bagi menghilangkan suasana di tempat perkuburan yang sunyi dan sepi. Memberi gelak ketawa dan kegembiraan pada setiap langkah gua bersama mereka.

Bila gua menginginkan perkongsian kegembiraan dalam hidup. Kami umpama kembar yang dilahirkan oleh satu ibu, dibesarkan bersama,disekolahkan bersama dan diberi akal fikiran yang serasi. Menjadikan kami adalah serasi bila bergelak ketawa meredah kegembiraan bersama.

Bila gua rasa sedih, mereka.. mereka menjadi kaunseling gua, mereka menjadi GRO karokey gua,mereka menjadi pendengar kisah drama sedih indonesia gua, mereka menjadi pasangan makan M'cd dengan gua.. dan mereka adalah punch bag untuk gua tumbuk.

Tapi..

Bila gua senyap, mereka cari punca gua senyap, mereka hanjing gua, mereka ungkit semuanya, mereka tembak gua dengan shootgun, mereka salahkan gua semuanya..

Tapi bila hanya berdua dengan gua, mereka umpama kembar gua. bila gua rasa peha kiri gua kene cubit, peha kanan mereka lebam2 merah..

Tapi bila mereka berkelompok, gua rasa gua nk tembak mereka dengan sumpit sarawak.


Gua rasa..

Hari ini gua nak tumbuk mereka, tapi esok gua berharap gua nak kongsi rokok dengan mereka, nak gelak ketawa dengan mereka, nak mengutuk awek2 tepi jalan, nak tarvel dengan mereka, nak bertekak pasal pendapat dengan mereka, nak bersorak pasal kemenangan pasukan bola bersama mereka, nak layan buger kat Mc'd sambil usharr awek bersama mereka, nak lalui perkara sedih bersama, nak berjiran dengan mereka, nak tengok mereka berbini dan beranak pinak.


Mereka adalah teman-teman setia gua. Adakah gua patot panggil mereka sahabat? Ada ketika gua rasa nak bunuh mereka, ada kala gua rasa nk berkongsi rokok dengan mereka.



Thanks ajup, ajul dan jim..

Saturday, March 14, 2009

Sial!

Mancester United 1 - Liverpool babi! 4

Monday, March 9, 2009

Hiper dumber...

Apalancow!

gua mesti bagun beb!

gua nak lari 1000 meter tanpa toleh belakang!

kalau gua penat, gua berehat sambil isap rokok sebatang dan layan vanilla coke fav gua!

gua tak toleh belakang, tapi gua jeling2 shaja!

gua taw, gua kene terus berlari dan tak akan berjalan lagi!

kalau gua jatuh pun, sekurang2 nya gua taw!

gua jatuh sebab berlari, bukan berjalan ataw pun merangkak!

kwn2 gua, familly gua dan gua punya toyota vios dh tunggu kt garis penamat tu!

gua belari tak pakai kasut balapan..

gua pakai kaki ayam jer beb!

-end-

*Siapa yang mampu mencapai mahu mu, bila mana kau juga seorang manusia..-Boneca-cela

Wednesday, February 25, 2009

Forum Perdana.

Gua agak pening + nasib yang kurang baik dalam seminggu ne. Banyak masalah tiba2 nk punch kat kepala gua ne. laptob gua yg kene virus,assingment yang sangkut,kuiz gua x buat lagi,tido lena gua x seperti dahulu..

Adooi.. kalau gua nak bunuh diri mesti si 'jude' pangkah gile2.. sbb dia mmg fuck org yg nk bunuh diri.Tapi gua x lah pikir sampai mcm tu, x guna lah gua belajar sek.agama masa kecik2 dulu.

Gua bukan nak 'merenggek' pasal masalah gua dlm blog neh. Kalau gua merenggek pun, apa gua peduli? dah ne blog gua..suka hati gua nak ckp apa..hahaha~~

Gua agak tension sejak 2-3 ari neh.Sampai selera gua kat nasik pun dh x ada..Gua ingat nak bagi naik berat badan ,tapi makin kurus adalah.

Tapi tension gua semakin susut.. laptob gua sudah beroperasi semula dan tido gua terlebih had.Cuma assingment gua jerk yang tersangkot lagi neh. Nasib baik 'sumbit' minggu depan..


*ada sesiapa sukerelawan yang sudi siapkan assingment gua neh? sila 'PM' gua kat khairul_hazwan@yahoo.com

Tuesday, February 10, 2009

gua jadi clown.

sifat gua memang dari azali kejew nk happykan org..
tp ada x org yang nk happykan gua..

arrhh.. bagi gua itu blakang citer yang best sapa yang lepak dgn gua dia mesti ketawa..

tapi kalau dah tahap SIAL gua pun dh makin panas. lagi2 kalau kwn2 gua kutuk pasal hal2 lama dgn ex girl gua.. tajuk utama dorg "ude kene game dengan kancik (girl)"..
kadang2 panas gak telinga gua bila ungit hal2 yg lama.sedangkan gua dalam proses terapi melupakan hal2 besama ex gua..


tp dah namanya kawan..

Hari ne rasa nk bertumbuk, esk pulak lepak semeja boleh gelak ketawa lagi..gua dah lali semua ne..kadang2 jadi bahan kutukan pun gua x kesah.. sbb gua pun kaki kutuk. hahaha~~..

Tapi malam tadi gua rasa fill dia lain mcm.. member selalu kata 'Be your self'. ok! tapi sampai bila? umor gua pulak makin lanjut, takkan nk peragai mcm budak2 umor 12 tahun.. kadang2 gua tengok budak umor bawah gua lagi matang dari gua.. shit la...
gua taw, peragai gua makin pelik sejak bergelar dude tiada anak.. gua dah x bersikap sopan terhadap org disekeliling..kecuali dengan warga tue..Jadi mungkin satu hari nnt gua, akan ubah semuanya.. yer satu hari nnt,gua pun x taw bila seru tu nak sampai..












p/s mungkin akhil baligh gua belom sampai lagi kot.

Saturday, January 24, 2009

Bila si bodoh first time jd photographer weeding.

Bila anda di kutuk oleh rakan2 "boleh ke ko tangkap gambar neh" , "Poyo jerk beli kamera mahal2 tapi x tahu guna" dan macam2 lagi...

Ooohh shit! mereka kawan2 aku yang selalu nk kenekan aku..tp diorg still kawan karib aku..

Ingat lagi zaman2 jahiliah kita. berkasot Boot Dr.Martin, berkepala botak, seluar ala2 cerot kote dan akan menyebut 'Sega-Saga'. Ooohh yea.. kita di zaman kegemilangan Skin Head.. lepak depan Regal Klang dengan Vespa masing2..

Tapi sekarang ko dah kawin.. rambot ko dh panjang, muka dah jambu x agro mcm dulu..
Tahniah Adan.. "A way of life" ko x mcm dulu... hahahaha~~



Adan dan Shuhada..


Shuhada yang comel.... (._.)


Shuhada dengan akak Adan majlis dijalankan serentak.


Acara membali gula-guli (tabiat yang salah membaling rezeki)


Adan dan BInI dia larr...




"WE ARE SKIN HEAD"






p/s zaman skin head kami boleh diketegori zaman jahiliah ketika remaja.

Saturday, January 17, 2009

penat

Class dh.. jd hujung minggu ne tiada makna bagi aku tuk berehat bersama kitkat

mengadap muka-muka yang nak dpt segulung "Diploma". dan para-para lecture yang agak malas megajar pada hari minggu kerana terpaksa..

anyway thanks lecture.



******************************************


yeah aku ada lagi setahun nak tamatkan perkara ni.. im so tired.

Monday, January 12, 2009

Pagi 12/01/09

Yea.. hari ini pagi isnin..
Pagi yang beza dari lain...
Pagi yang akan membawa maksud kehidupan yang baru..

Pagi yang aku rasa aku dh tipu diri sendiri..
Niat nk stop smoking.
Tapi masa menaip blog ini dunhill dimulut aku.

Ooohh! shit! macam mana gadis nak melekat..
Im a smoking boy..

Mungkin gula-gula "tictac" aku tak ada masa ini.
Jadi aku boleh menghisap rokok..

Yeah mengaku rasa hampa malam tadi..
Yeah mengaku jugak, aku merokok kali ni sebab tiada siapa yang akan peduli..

Terasa loser pulak kali ini..
Tapi istilah "bagun dan lari"..
Aku guna kali ini..

Bagun disebabkan jatuh..
Lari disebabkan aku lambat..

What happen to me now, i know and i believe one day make me happy forever.

Sunday, January 11, 2009

Situasi

Aku menanti...


Tetap menanti..


Masih lagi menanti...


Dia gembira...


Aku menanti...


Aku sunyi...


Aku gembira...


Dia gembira...


Dia sedih...


Aku masih gembira...


Dia masih besedih...


Aku bersedih...


Dia tetap bersedih...


Aku Kembali menanti...


Terus menanti...


Dia gembira...


Tetap gembira...


Aku sunyi...


Aku lari...


Dan jatuh...


Pandang belakang...


Dia masih gembira...


Berehat sebentar...


Nyala sebatang rokok dan meghisapnya...


Lihat dia dari jauh...


Dan dia tetap gembira...


Menghisap rokok sampai ke pangkalnya...


Dia tetap dan masih gembira...


Bakar kembali sebatang rokok...


Lihat dia kembali...


Tetap gembira...


Aku menanti...

Tuesday, January 6, 2009

Hati ku gumbira..

Oooohhh yeah.. alhamdulillah
Itu jerk aku dapat sebut.. setelah hampir sebulan risau terhadap result aku..
jadi aku ada lagi 2 semester yang perlu diredah je.. untuk mendapatkan segulung kertas yang dipanggil 'Diploma' ya 'DIPLOMA'.


Perkara-perkara yang aku akan hadapi..

  1. Kurang tido pada cuti hujung minggu.
  2. Tiada istilah 'mari lepak di hujung minggu ni'.
  3. Tiada lagi cartoon-cartoon istimewa hujung minggu aku (teen titan)
  4. Perkataan 'assingment' akan bermain-main dalam kepala aku.
so pasal titel 'DIPLOMA' aku terpaksa melupakan perkara2 yg indah pada hari minggu.

*****************************************

Pointer aku 3.18 sem neh.. syukurr~~

Friday, January 2, 2009

ubat batuk teman ku.

Akibat karokey lagu2 yang berunsur urat tekak keluar dan peha kene kepit bg picing tak lari.. aku mengalami masalah sakit tekak sepanjang dua hari ini..


aku tak nyanyi ye lagu new boyz-meraung... masa aku tgh down yea.

************************************************

dulu-dulu ada lah..

Thursday, January 1, 2009

new life 2009!

Yeahhhh!!!


Banyak yang aku nk buat dalam tahun 2009 ni..dengan adanya baby kesayangan aku (can0n 40D) aku nk mengambil sebanyak mungkin gambar.... kemudian uplod kt dalam flick dan blog aku neh..

azam aku?
nak mencapai 3-5 impian yang telah aku catit dalam list2 impian aku.. hehehe~~



Happy New Year!

Tuesday, December 30, 2008

Satu hari bersama Birthday boy...


Yup..
semalam birthday aku.. so pagi2 agak blur sgt2! teringat DIA yg telah jnji nk sambut sama2 dgn aku.. lalalala~~

dah2.. pagi ne aku bagun kul 11pg so niat aku nk kemas bilik aku yang agak serabut umpama 3buah tongkang pecah sebab langgar batu karang kt tengah2 laut..hahahaha~~


tongkang pecah!

keadaan yang menggerikan!

barang-barang penumpang berselerak (hahaha)

kerja-kerja mengemas bilik aku ne di bantu oleh anak2 sedara aku neh menggikut shift..hehehe~~ walaupun x ada upah dia org agak sedih tgk pak sedara dorg ne kemas sorg2 so dorg sukeralanya membantu. tq2.


trima kasih bantuan korg kt pak sedara korg yg pemalas lah neh..

Banyak gak barang2 khazanah aku mcm beg,buku ,baju mcm2 lg.. so ada terlintas kt kepala aku kt mana harus aku letak semua barang2 neh? so satu je pkara yg senang dan mudah, bg kt anak2 yatim. are2 tempat kejew aku tu ada satu badan amal bagi anak2 yatim "ASRAMA PEYAKIN". so aku rasa nk buat kerja amal pada hari jadi aku tu.. sbb hari jadi aku tu betol2 jatuh pada AWAL MUHARAM ke 1430.

Asrama Penyakin Klang!


Trima kasih kpd mak aku,kerana membenarkan aku pinjam kancil Vtec ny utk kerja2 penghantaran.


sebahagian kecil barang yang nk di bagi ( benda besi tu bukan nk bagi itu tuk buang sebenarnya)

x semua barang aku bagi kt umah "ASRAMA PEYAKIN" selebihnya aku jual kt kedai terpakai mcm pasar karat lah.. aku tolak 4 jenis beg termasuk satu beng mak aku. sebuah seterika x tahu lah tahun bila, printer canon zaman2 BJC. (dua colur je) dgn mesin taip canon eletronic. tapi hasilny betol2 hmpa.. printer canon dgan iron nasional tu x laku sbb dh x guna lagi.. mesin taip canon tu pulak kantoi sebab x ada ink dia dh. so yang dapat tolak beg2 tu lah.. dapat rm5 inggit.. blh lah dari menyemak kt bilik aku.. iron dgn printer aku bg free kt dia. mesin taip tu aku bwk balik kt umah, kot2 ada ink dia kot.

On dway balik perot rasa lapar.. singgah kt pizza hut. layan piza wakiki dgn soup ny.. alah one person bawu rm9.25 sen.. hehehe~~

kek x ada, pizza je lah... (sob2 mkn sorg2 je)

balik makan sambung balik mengemas.. hehehe~~ sampai aku penat. nk tido je selsema aku dtg.. asik kena habuk jek dari pagi sampai mlm.. lalalala~~

HAPPY BIRTHDAY TO ME!