Gua tak padai nak berkarya sangat pasal hal-hal peribadi ni. Tapi gua tahu, gua jalan hidup dengan senang tapi sunyi. Dengan kawan kejap timbul kejap tenggelam, dengan pekerjaan gua yang semakin hari semakin bosan. Dan dalam menjadi penunggu dalam sesuatu perkara.
Kadang-kala gua juga mengeluh. Mengapa? Kenapa? Alahai? sampai bila?
Tapi keadaan sebegini dah menjadi rutin gua. Jika tengak duduk sorang sambil layan rokok kat depan rumah. Tengah layan lagu-lagu meyentuh hati-ke hati, dan tengah 'flash back' perkara-perkara yang lama. Sehingga kadang-kala perkara 'menyesal' muncul di bibir secara automatic.
Tapi gua rasa ini, salah satu cara gua bersyukur.
Mengapa gua terkandas di tengah jalan?
Mengapa gua ambil jalan begini?
Mengapa gua rasa susah pada masa sekarang?
Mengapa gua tak macam mereka yang lain?
sebab tuhan selalu sayang kt gua.
Kadang-kala gua merasakan, bagaimana jika gua boleh mengubah sesuatu perkara.
Seperti, Keputusan SPM gua tak lah terbaik sangat. Jika gua dapat kembali zaman sekolah gua, belajar betul-betul. Rasa-rasanya gua jadi orang jugak ke? sampai sekarang.
Jika gua dapat cemerlang dalam SPM, belajar mana-mana Universiti, rasa-rasa gua boleh belajar ke? kemungkinan gua akan hanyut juga dalam perkara duniawi. Mungkin gua akan terjebak dengan rakan-rakan yang ambik 'drug' kaki 'alcohol' dan kaki perempuan. atau mungkin gua akan pakai 'speck' mata tebal2 sebab mengadap buku 24jam dan silap2 gua jadi 'skema' dalam semua perkara.
uhhh...
'Beter' gua lagi senang apa yang gua tempuhi sekarang ni, Gua masih tahu surah AL-Fatiha, gua masih tahu doa Qunut, gua masih tahu puasa tu wajib, gua masih tahu benda yang gua buat salah tetap salah dan bukannya betol.
"Apa yang ko nak, walaupun berusaha sehingga titisan peluh jantan, kalau tuhan tak 'approve' nak buat macam mana? tapi ko akan rasa puas sebab ko tahu usaha ko di tahap mana yang ko mampu.. dan ko patut tahu kenapa tuhan tak bagi apa yang ko nak." - Profesor Buetifool Khairul dari universiti kenya.
The Two Best Hiking Snacks
5 years ago
Mengapa gua terkandas di tengah jalan?
ReplyDeleteMengapa gua ambil jalan begini?
Mengapa gua rasa susah pada masa sekarang?
Mengapa gua tak macam mereka yang lain?
kita serupaaaaaa~~~
Boleh wujudkan satu 'geng'.
ReplyDeletena join gakk !
ReplyDeletehha