Friday, October 16, 2009

Dari berempat ke bertiga.

Gua dulu hidup berempat, dari kawan 1,2,3 dan termasuklah gua yang ke-4. Meronggeng bersama, melalak memekik bersama dan melepaskan tekanan di bilik kecil hanya bermodal kan 1ringgit bagi sebuah lagu pun bersama.


Kawan 1 dan 2 dari satu tahun yang sama, gua dan kawan 3 cuma kurang setakuk dari mereka. Tapi kami serasi bersama. Seperti pasukan Mancaster yang selalu rangking di dalam liga EPL. sentiasa sekepala.


Dari zaman jahiliah, ke zaman sekolah dan sehingga 4 bulan lepas kami masih sekepala. Berempat dah simpan janji nak kumpul duit pergi ke stadium Old Traford satu hari nanti. Tak kira lah masa tu masing-masing dah ada yang bertongkat, pakai kerusi roda dan ada jugak yang kena pakai pampers dewasa. Semua ini kerana Mancester United hard fan.


Kawan 3 gua dah kenal dari sekolah rendah, cuma start rapat dari sekolah menegah jea. kawan 3 ne jenis yang hot. Muka jambu, sukan nombor satu dan awek mesti terbaik dari ladang, walaupun bukan dari mana-mana felda pun. Yang pasti antara kawan-kawan sekolah gua dulu, dia dalam top ten jugak.


Kawan 1 dan 2 ini gua kenal dari zaman jahiliah gua dulu, zaman gua pakai boots (skinhead) memang aggro masa dulu, muka nak bengis boot nak tinggi cakap mesti ada pegangan, walaupun benda tu semua hanya permainan anak muda sahaja.


Berempat bertemu dalam satu perkara. 'VESPA' gua dulu memang gila dengan skuter besi ni. Termasuk lah mereka. Tak cukup power, suruh pomen jawa buat. setting timing kurang ngam, edjuts sendiri, kalau lari setting tolak vespa pegi jumpa dengan pomen jawa jawabnya.


Gua rapat dengan kawan 1 lain macam sikit masa 2-3 tahun lepas. Kemana dia pegi gua mesti ada, susah senang gua dan dia mesti bersama, luahan hati ke bontot pun sama.


Tapi


Sekarang semua hilang, 4 bulan lepas gua silap langkah. Cetusnya pegaduhan gua dan kawan 1. Mungkin salah gua dalam situasi tersebut. Antara berempat kawan 1 ini dianggap penghulu dari yang lain. Jadi bila gua nak melepak pada kawan 2 dan 3, suasana dah berbeza sebab gua dah seperti adik beradik yang derhaka.


Kawan 1,2 dan 3 paham pasal hati gua ke?



Hari ni gua dapt mesg dari kawan 3


"Uda aku minta maaf banyak2, nikah esk ko tak payah datanglah. sebab ko dan kawan 1 masih bergaduh lagi, kawan 2 dan 3 masih kekal kawan lagi. Kawan 3 nak ambik hati kawan 1 sebab kawan 1 dah banyak tolong kawan 3. minta maaf banyak"


Bila gua baca mesg tu, hati gua jadi sejuk, jadi beku.. 'last' gua dapat rasa situasi macam ni bila bekas gadis manis gua cakap dia tak ada hati pada gua sejak mula2 bersama. Tapi kali ini gua situasi yang sama cuma dari seorang kawan gua.


gua jantan gua tak nagis, cuma mata berkaca2 jea.


Masa sekolah dulu, gua dan kawan 3 pernah curik 'wallet' seorang gadis semata-mata nak dapat duit pegi gig. Tapi akhirnya, tuan punya wallet jadi isteri kawan 3. Mungkin dah jodoh mereka. Gua mampu gelak sebentar mengigatkan hal2 yang lama.


Gua masih sedih apa yang gua terima tadi.


kawan 1

"ko nak datang kenduri akad nikah kawan 3 datang lah. jangan pasal kawan 1 ko tak nak datang"


kawan 1 hantar mesg, mungkin sebab kawan 3 rasa serba salah, atas mesg yang dihantarnya pada gua sebentar tadi.




**********************************************************************************


gua tak tahu apa yang nak sampaikan. gua harap kawan 1,2,3 tak akan terbaca artikel ini. Gua cuma mahu kawan 1,2,3 tahu erti hubugan kawan sebenar. Bukan kerana kasihan.







3 comments:

  1. hurm..
    mcm mana boleh jadi mcm tue?
    tak patut betullah!
    aish!
    apalah kwn 123 u tue..
    grrr!

    ReplyDelete
  2. urmp..
    tak boleh salah kan siapa2..
    semua org ada hak beb..
    semua org ada sebab sendiri, kenapa dan mengapa.


    kwn 3 dah janji nak bg gua jd pengapit dia..
    tp kali ne gua rasa tak kot.

    ReplyDelete
  3. wa tengok lu nih mcm hidup dlm dunia
    lu je....bwk2 ler bersosial sikit...
    cube2 le bwk cermin diri 2....
    kaji ape yg kurang....kire bagus kawan
    tu jemput dtg kenduri....dieorg
    igt le kat lu lg.....
    ade sebab kot kawan 1,2,3 tu
    jadik mcm tu.....

    ReplyDelete