Monday, October 12, 2009

gua bernama Khairul Hazwan

Gua tak padai nak berkarya sangat pasal hal-hal peribadi ni. Tapi gua tahu, gua jalan hidup dengan senang tapi sunyi. Dengan kawan kejap timbul kejap tenggelam, dengan pekerjaan gua yang semakin hari semakin bosan. Dan dalam menjadi penunggu dalam sesuatu perkara.


Kadang-kala gua juga mengeluh. Mengapa? Kenapa? Alahai? sampai bila?

Tapi keadaan sebegini dah menjadi rutin gua. Jika tengak duduk sorang sambil layan rokok kat depan rumah. Tengah layan lagu-lagu meyentuh hati-ke hati, dan tengah 'flash back' perkara-perkara yang lama. Sehingga kadang-kala perkara 'menyesal' muncul di bibir secara automatic.


Tapi gua rasa ini, salah satu cara gua bersyukur.


Mengapa gua terkandas di tengah jalan?
Mengapa gua ambil jalan begini?
Mengapa gua rasa susah pada masa sekarang?
Mengapa gua tak macam mereka yang lain?



sebab tuhan selalu sayang kt gua.



Kadang-kala gua merasakan, bagaimana jika gua boleh mengubah sesuatu perkara.

Seperti, Keputusan SPM gua tak lah terbaik sangat. Jika gua dapat kembali zaman sekolah gua, belajar betul-betul. Rasa-rasanya gua jadi orang jugak ke? sampai sekarang.


Jika gua dapat cemerlang dalam SPM, belajar mana-mana Universiti, rasa-rasa gua boleh belajar ke? kemungkinan gua akan hanyut juga dalam perkara duniawi. Mungkin gua akan terjebak dengan rakan-rakan yang ambik 'drug' kaki 'alcohol' dan kaki perempuan. atau mungkin gua akan pakai 'speck' mata tebal2 sebab mengadap buku 24jam dan silap2 gua jadi 'skema' dalam semua perkara.



uhhh...


'Beter' gua lagi senang apa yang gua tempuhi sekarang ni, Gua masih tahu surah AL-Fatiha, gua masih tahu doa Qunut, gua masih tahu puasa tu wajib, gua masih tahu benda yang gua buat salah tetap salah dan bukannya betol.



"Apa yang ko nak, walaupun berusaha sehingga titisan peluh jantan, kalau tuhan tak 'approve' nak buat macam mana? tapi ko akan rasa puas sebab ko tahu usaha ko di tahap mana yang ko mampu.. dan ko patut tahu kenapa tuhan tak bagi apa yang ko nak." - Profesor Buetifool Khairul dari universiti kenya.

Friday, October 9, 2009

Abang Nasron bukan Nas Ahmad terjah.

Minggu ne gua kene masuk 'shift' malam. Maklumlah kerja kilang kan, dan pasah kerja kilang lah persentif nak dapatkan gadis-gadis manis yang level tinggi kurang. Sebab kebanyakannya mereka lebih suka yang kerja 'under goverment'. Biar pun setakat kerani buta, janji masa depan terjamin.


Tapi bila sahaja gua masuk kerja malam ne, secara automatic gua ada share saham dengan tempat gua kerja ne..


gua boleh datang lambat.
gua boleh tido awal.
gua boleh pergi rehat sebanyak 20 kali.
dan paling best
gua boleh buat aktiviti karokey setiap masa.

tapi tengok keadaan jugak lah.


Sedang khusuk gua layan lagu Sufi- Damasutra , Abang Nasron a.k.a abang Nas, pandang gua lain macam, gua budjet 'picing' gua lari. Tapi bila abang Nasron senyum balik, gua tahu suara gua tak ke laut. Jadi gua boleh dendangkan 2-3 lagu lagi.


Abang Nasron ne, umur dah 30-an.Nak cakap pasal muka ne, ciptaan tuhan memang tiada tandingan. Kalau polis buat kawat cam, Abang Nasron ne dari awal lagi di kecualikan, sebab dia ne muka suci, tak pakai khidmat 'nip n tuck'. Kalau ada orang nak marah depan Abg Nasron ne, gua 'suspect' orang tu mesti gila.


Pasal kerja pun dia memang terbaik. Semua nak 'perfect', mesti cun-cun. tak ada yang nak past2 kat orang lain. Gua? benda asas macam pen pun tak pernah ada kat gua. Macam mana nak dapat anugerah pekerja cemerlang.


Abang Nasron ne dulu, bekas pekerja kilang Panasonic dah tahap otai jugak dulu, dia berhenti pun dapat VSS. Masa dia kerja tempat lama, Abang Nasron kira hot jugak. Sampai minah-minah Indon 'level' Rosa pun dia tolak tepi. katanya..


"Abang dulu, gadis-gadis Indon ne awal-awal tolak tepi sebab hati tak berkenan. Setakat kawan boleh lah"


Kalau gua lah, gadis-gadis Indon level macam Rosa,Dian dan Acha Sepriasa. Gua sapu jea, sebab gadis-gadis sekarang pun memilih, nak 'market' tinggi jea, paling busuk pun mesti pakai kereta Honda EK. Tu tak pa lagi ada yang dah 'start' ushar abang-abang bancuh simen bagunan. Apa cherr?


Abang Nasron ne dah kawin, anak dah tiga. Bini dia gua rasa terbaik jugak lah, sebab hari-hari abang Nasron bawak bekal. Bukan nak kata jimat, bini dah masak bawak jea lah. Apa susah, sehari boleh jimat rm5-10 ringgit. sebulan dah berapa? setahun dah berapa? silap-silap kouta lagi 3 boleh isi lagi.


Abang Nasron cerita kat gua, dulu bini dia macam 'tomboy' bukan tom-tombak Aznil ok.. Kira sejak kenal dengan abang Nasron, sampai kawin bini dia dah jadi lebih sopan. Sebelum kenal dengan abang nasron baju kurung tak pernah ada, kalau sekarang gua rasa dah berpuluh-puluh pasang kot. Itu pun kalau 'green light' dari bini larr..


Gua rasa tak panas lagi ceritanya. Gua berjaya mengorek kisah jiwang abang Nasron ne, dia bagi tahu dia dulu pernah 'frust' menongeng. Sebab orang yang dia rasa jadi bakal isteri akhirnya tak menjadi. Sebab kerana si perempuan nak masuk polis. dan akhirnya senyap begitu jea..


"Senyap gitu jer ke?" -gua-


"Sebelum abang nak pegi hantar rombongan, gadis tu call abang. Abang cakap lah yang abang nak pegi hantar rombongan kat bini abang sekarang ne, kira abang halalkan lah apa yang dia buat kat abang dulu." -abang Nasron (sambil mengusap misai)-


"Apa yang abang halalkan?"
-gua (cuba mengorek lagi rahsia)


"Masa bercintakan, nak handphone kita beli, nak topup kita masukkan, nak shoping kita bagi duit dan macam-macam lah." -Abg Nasron-


"........................................" -gua-


5 saat


10 saat


15 saat


"Bang benda dah lepaskan tengok sekarang abang pun dah bahgia dengan 'wife'"-gua-



"Ha, Ko bila pulak nak kawin?"





*Tiba-tiba gua rasa gua kena cirit birit, lari terus ke tandas.




Friday, October 2, 2009

Awal pagi oktober 2009

Pagi2 gua dah ushar port nak tidur, sebab dah dua hari gua "spent" masa tidur 3jam sahaja.
Mana cukup,kimi Raikkonen pun tidur 9 jam. Sebab tu dia tak megantuk drive malam-malam kat litar Marin Bay- singapore.



Sedang sibuk gua tengah reka "pillow" sendiri dari "span-span" yang gua curik dari kawasan kerja. Gua di tegur oleh rakan sejawatan gua. Yang memang tak tahu nikmat tidur waktu kerja.



"wey! ada budak baru masuk, ambik alih tempat QC technician, kita mesti buat muka garang dan biadap baru lah dia respect kita nanti."



gua-"Itu gua setuju, memang setuju sesekali!, Gila ko gua dah pangkat senior kat sini mesti kena respect. Baru lah ada rasa riak pada diri sendiri. Maklumlah dah lama tak dapat perasaan macam ne, sesekali apa salahnya."



*member gua menepuk bahu, menandakan semagat jati diri gua makin tinggi dan berkobar-kobar bak bara rokok dunhill.



gua- "Beb, ko tengok muka gua ne, nampak begis dan ganas tak bila nanti gua nak "try sound" budak tu nanti macam ne..




"BRO KO PERGI SAPU DEPARTMENT BELAKANG TU. GUA NAK PERGI ISAP ROKOK JAP! KEJAP NANTI GUA NAK SEMUA CLEAR!"





*********************************************************************************
*********************************************************************************





gua- "Tak pe lah beb, gua nak tidur ne. Lu jagan nak gelak sangat, silap-silap ke Ramahtullah lu nanti"




* Ok! gua memang tak ada bakat nak marah-marah orang lagi-lagi buat muka serius macam Faizal Huseen

Tuesday, September 29, 2009

Where the boots boys gone? part 2

Khamis lepas gua ziarah kubur member gua. Dah 5 tahun dia pegi,tapi kenangan tetap ada. Bila dah sampai kawasan perkuburan, gua "sound" rakan-rakan lain.


"JANGAN NAK BUAT IRAMA SEDIH KAT KAWASAN KUBUR NANTI,BENDA DAH PERGI BIARKAN LAH"

Walhal, gua yang sedih dalam hati. Terpaksa tunjuk muka "Agro" kat rakan-rakan lain, bagi motivasi sikit kat dia orang.


Gua dan lain tak bawak yasin,tak tahu doa. Gua cakap "SEDEKAHKAN AL-FATIHA JE, KALAU DOA KAT RUMAH PUN BOLEH LEPAS SEMBAHYANG."


Lepas tu singah rumah "Family" arwah, sebab dah memang rancang dari awal-awal lagi. Gua bagi motivasi lagi pada rakan-rakan lain buat kali kedua.


"KO ORANG JAGAN BUAT MUKA-MUKA SEDIH BILAH BERAYA NANTI,PAHAM-PAHAM JE LAH SEKARANG HARI RAYA,MESTI ORANG TUA TU RINDU KAT ARWAH"


Walhal,gua risau. sebab pernah satu "part" mak arwah sedih secara autoimatic mata gua keluar cecair jernih.


Bila dah sampai ke rumah family arwah, semua dapat cover. perasaaan pilu.
Dari jauh gua dah nampak muka si emak, tersenyum lebar menunggu rakan-rakan arwah datang beraya dan tak pasal-pasal gua dah kena sound.


"DAH LAMA TAK DATANG RUMAH MAKCIK YEAH"


Gua garuk kepala sambil senyum-senyum cari makan kot-kot ada anak dara kew . Pernah satu masa dulu mak arwah "call" gua pasal bertanyakan kabar, sebab gua dan arwah memang rapat suatu masa dulu. Gua jadi shahdu, bila si ibu cakap.


"UDA DAH LUPAKAN MAKCIK YEAA.."


Macam biasa, tanpa gua rumah tu tak meriah. Jadi gua tokok tambah menceriakan family arwah dengan pertayaan "Bila lah saya nak kawin makcik?" "Makcik ada anak sedara boleh kenal-kenal dengan saya?"



....................................................................................................................................................................


Pagi tadi gua gegas pergi ketempat keja, kalau tak gegas pun gua dah memang lambat.
Masa dalam perjalanan, tersempak kawan. Yup! kawan, dulu kawan gua,dulu tempat gua ketawa dengan dia,tapi gua silap,gua salah langkah,gua tak pikir panjang, gua juga telah memutuskan pershabatan yg hampir 4-5 tahun. Ini bermula dari perasaan cemburu melebihkan kawan dari kawan.



Gua sapa kawan lama gua, sambil mengucapkn "Selamat Hari Raya".


tapi..


dia berlalu pergi,


Pergi tanpa menekan "hon" moto tanda dia perasan gua.


Jika satu hari nanti gua tiada dalam dunia, ada tak kawan-kawan yang akan menagis bila gua tiada. Akan buntu bila gua tiada, akan rasa kekok bila gua tiada.


dan


Ada tak mereka akan sedekahkan AL-Fatiha kepada gua?.

Saturday, September 26, 2009

sesedap bunyi

gua: "Nama bakal menantu Pak Azlan apa beb?
Pandang kerek jea kt gua dari tadi, Tau lah rambot sikat tepi, kulit soya bean dan dagu macam Faizal Huseen."



sahabat :"Pak Azlan cakap nama bakal menantunya ZAKARIAH"



gua : "Habis kalau nama pendek apa pulak?"


..................................................................


"ZAKAR"

Thursday, September 24, 2009

Penangan bagun tidur raya ke-4

Pagi tadi gua bagun dalam sekitar 12tgh hari. Memang indah bagun waktu-waktu itu, sebab bilik air tak payah berebut, lepas mandi mesti nasi dah ada atas meja terus sauk jea.

Lepas mandi, mak gua suruh jemput sedara yang sesat mencari kediaman gua. Lalu gua bergegas,dengan harapan ada gadis manis sekali datang. kasi pakai "One Drop Perfium" sebab gua mandi agak cincai.


capai kunci moto...


sekali tengok cuaca memang panas terik, mata gua jadi macam sepet. Seperti banduan yang baru keluar penjara 10thn baru nampak matahari..


gua ada idea.
Gua pakai speck hitam adik gua. Lalu terus mendapatkan sedara gua yang kesesatan jalan.


sampai rumah adik gua tegur.


"WEY! KO TAK PERASAN KEW SPECK MATA TU KACA SEBELAH DAH HILANG"



gua tengok speck yang gua guna tadi.




"CIBAIIIII! LAHANAT!"





*gua membayangkn 10 minit tadi, gua memakai speck mata tu menjemput sedara gua, dengan bergayanya. Padahal kaca sebelah speck itu tak ada..



gua dah macam lanun bawak moto.



"SIALLLLLL"




*gua nak tempah tiket pegi Mexico selama seminggu supaya peristiwa pahit itu hilang untuk selamanya.

Monday, September 21, 2009

mahluk tuhan.


Satu syawal gua betol-betol sopan.


Syawal ke dua

Makan...


Tidur...


Makan..


Tidur...


Makan...


Layan rokok...


Makan...


Tidur...




Kalaulah gua punya cuti kerja mengikut sama dengan puasa yang gua buat selama sebulan ne.
Boleh kena Diabetis, peparu berair,Kencing manis,Darah tinggi dan lemah jantung. Silap-silap, nyawa gua kena tarik awal sebab kesihatan yang teruk.

Sunday, September 20, 2009

Satu Syawal




Sebijak mana pun kamu, sekaya menggunung pun kamu dan secantik mana pun kamu.
Kalau tiada hormat dalam keluarga walaupun sekecil kuman.




Kamu akan rugi sampai hari hayat.

Saturday, September 19, 2009

penantian suatu penyiksaan




Akak oder.

20 kelapa parut dan 3 kelapa parut warna putih.


Dengan berbekalkan 45minit masa menanti, oder gua siap. Gua berkarokey di dalam kereta, dalam keadaan badan berbau bangkai sebab tak mandi lagi.

Wednesday, September 16, 2009

Bisikan Ramadhan.

.........



Si Kaki : Hai! si Tangan, termenung ke sorangan teringat kekasih di kampung ke?

Si Tangan : Larr.. Si kaki, terkejut aku. bukan termenung, cuma mengenang nasib ni. Raya dah dekat aku asik pakai JamTangan yang lama jugak. Tak macam orang lain...

Si Kaki : Sabar jea lah Tangan, nak buat macam mana.. syukurlah apa yang ada sekarang ni, aku pun sama macam ko jugak, asik sarung kasut yang sama jea. Silap-silap tak muat pakai selipar jea raya ni.


( si kaki cuba, menenangkan perasan sedih si Tangan)


tiba-tiba


Si Badan : Tak boleh macam ni! orang lain boleh dapat baru, aku ni guna yang lama jugak. Sampai bila, tau lah aku ni kurus. Sehelai baju boleh sarung 2-3 tahun punya. Tapi malu lah aku nanti kat kawan-kawan lain.


( si badan menjerit di hadapan Tangan dan Kaki, menandakan protes atas baju raya yang tahun ini, sama seperti tahun lepas)


Si Kaki : Rilex-rilex Badan, jangan nak marah seperti babi yang buta, ko kena paham situasi tuan kita. Sejak pakai camera dia dah banyak lupakan kita. Tapi dia tetap tuan kita.

Si Badan : Habis kita ni siapa! tunggul, malu beb aku nak raya nanti. Dah lah baju raya tahun lepas ada kisah yang tersendiri...

(si kaki menunjukan tanda isyarat senyap)

Si Kaki : ish.. ko gila ke! kang tuan dengar ko bising pasal hal2 lepas, silap2 pagi raya dia tak mandi. Baru padan muka ko, pagi-pagi raya dah busuk..


(ketiga-tiga anggota badan terus berbual tentang hal ketidak puas terhadap persiapan raya ini)



....................................................................................................................


Di situasi yang sama.



Kenapa lah gua rasa anggota kaki, tangan dan badan gua ni rasa nk di garuk-garuk sepanjang masa ni.






Tuesday, September 15, 2009

Aidilfitri makin dekat gua shoping ke?










Belon dengan Hari Raya? ada kaitan kew? "Ini Man belon punya!"



Saturday, September 12, 2009

Kehangatan Aidilfitri.

Pesanan SMS


"Tolong maklumkan semua unutk kelas saya pada petang ini cencel, saya akan gantikan lepas raya,lebihkan waktu kelas untuk lepas raya. Sorry yer, saya betul2 ada hal. (Pn.Shariza) Tolong maklumkan pada semua rakan"




Agak-agaknya berapa banyak kuih yang lect aku buat, sampai class 3 jam pun boleh kene cancel. Sepatutnya dia kena beri markah tambahan pada kuiz yang akan datang sebab memahami, keadaannya pada waktu ini. Barulah para pelajar-pelajar bertambah gembira pada hari raya ne.



Gua akan usul kan perkara ini, lepas cuti raya nanti.



gua boleh sambung tido puas-puas hari ini..


Friday, September 11, 2009

Anak tekak~~

Pagi-pagi, tekak gua dah rasa kelat-kelat seperti membuka kuih koci. Begegas ke tandas, kasi tarik dalam-dalam, lepas tu buang...


lagi sekali..

tarik dalam-dalam lepas tu buang...


lagi sekali

tarik dalam-dalam lepastu buang..


Cuma dapat menikmati tekak yang selesa pada kadar 2-3minit sahaja. kemudian kembali kelat kembali..arrhh...

Pada waktu ni baru lah, rasa nak berhenti rokok. Kalau ada rokok dalam kocek untuk berbuka, dah lama gua buang kat sungai Klang..


Kalau di beri pilihan, air tebu, air laici, cendol pulut Pak Ali dan air suam.Dah sah gua waktu ini ambik air suam saja. Supaya anak tekak gua, boleh berfungsi dengan normal.






5.35PM..



air~~ air~~

Tuesday, September 8, 2009

gua dah ckp tido awal..

Jajarkan ke Kiri


Bila mau buat konsert jelajah?




Rambot gua dah memang mcm sial. patot lah lepas show ne x ada sorang gadis nak mintak tandatangan kat gua. yang dapat 3 ekor yg lain tu jea...



gua nak pegi jumpa bomoh siam lepas ne kasi mandrem rambot gua.

Saturday, September 5, 2009

Gua benci rasa ini.

Pagi ni gua bagun tido, walaupun ada lagi 8 jam sebelum gua pegi ke kelas "part time" gua. Tapi kelopak mata gua ne, segar macam baru lepas mandi air sejuk perigi.

Gua cuba sambung lelapkan mata.. Si kelopak mata, memang tak ada rasa nak bertoleransi langsung terhadap gua. Gua tak berjaya nak tido balik.


5 minit pertama gua ushar syiling rumah gua.. dari dulu, warna putih,mungkin raya ni nak tembak "color" merah ke, jingga ke baru meriah..


10 minit gua rasa lain macam sejuknya. Gua dah boleh dengar degupan jantung gua mengepam dah macam isi angin tayar padar kadar 32 bar.



15 minit, gua capai hanset gua. Tengok tak ada satu messg ataw "miss call"dari mana-mana pihak.



Tak ada ke gadis-gadis manis nak "call" gua hari ini. Nak bertanyakan apa xtivity gua hari ini?,sihat ke tak?,puasa ke tak?,lena ke tak tido malam tadi?.. dan macam- macam lagi ke.. tak..


cibai lah!


ne yang gua malas nak bagun pagi-pagi neh.





Puasa ke 23

Tenet......tenet... "Khairul hari ini aku MC bagi tahu kat bos"


Rakan sepasukan memberi pesanan ringkas. Memang cukup ringkas..
Ingat gua ne tido sebantal dengan bos gua ke. Nak messg tak datang pagi-pagi ni, gua baru nak gerak pegi keja. "Titel" lambat memang gua dah pegang sejak 2 bulan berturut-turut ne.


Tak ada maknanya gua nak ambik "port" pasal kenyataan tersebut.


Setiba sampai ke lokasi kerja, kelihatan ramai sepasukan kerja yang tidak hadir.


Dan gua sedar, gua patut ambik berat pasal messg pagi tadi. Kalau gua tahu "gini gamaknya"
dah tentu gua sambung dating dengan Lisa Surianti dalam mimpi gua tadi.


Dah lah puasa, nak menjalankan tugas kakikukutangan dah lah tak cukup. Taw lah hampir 90% kerja-kerja dijalankan oleh robot yang tak bertawliah. Tapi kerja tetap kerja, takkan gua nak jadi buruh kasar peluh membasahi badan pada hari ini.


gua puasa beb..


3.00ptg


Jam "phone" gua berbunyi menandakan lagi setegah jam masa pulang ke rumah.



Sejak gua potong rambot ni, memang selesa tido.walaupun dibelakang "crontol panel".

Wednesday, September 2, 2009

side burn nipis?

Saba-sabar, hati gua berbisik selama 15 minit. terjaga dari tidur lena di sebuah kedai gunting.
Betul pepatah melayu mengatakan. "Tak semua yang kita inginkan indah" walaupun berbayar, kalau tak menepati perasan dan jiwa lurani gua,tak guna jugak.


Lu taw, sejak awal tahun beb, ulang semula awal tahun beb, gua tak benarkan element-elment berbentuk pemotongan sentuh pada rambut gua. Tapi kali ni gua relakan kan hati, sebab gua rasa dah banyak sangat beban yang bertindan atas kepala gua ne.


Tapi gua relakan dengan harapan, supaya gua dapat hasil yang terbaik.Bukan suruh lu jawab final paper TERMODINAMIK 2 yang dah memang "killer". Gua suruh lu pontong rambut gua supaya pendek dan kemas..nasib baik gua terjaga dari lena, masa lu busuk hati nak potong "side burn" gua. Ingat gua ne budak sekolah kew? nak potong2 side burn.

ceyyybai..



tapi lu....



lu memmang lah. kalau tahu mcm ne gaya lu buat keja, gua sepatut nya repot dekat jabatan khidmat pengguna.


machax2...










Ada gadis manis nak ajak gua keluar?

Sunday, August 30, 2009

Makan kuaci sebentar.



Semua orang buat kesilapan.



Kesilapan atas perbuatan diri sendiri.



Semua orang ada sifat keras kepala.



Tapi ada waktu ia akan berlembut juga.



Tapi jangan sampai di pijak kepala.



Kalau gagal sekali tak bererti hidup dah berakhir.









Belilah kereta buatan Proton yang selalu "Kantoi" pada "Power window"-nya



Friday, August 28, 2009

Kembara 30 minit "John Yuder Al-madhi"

Sesi tamat kerja gua berkakhir pukul 7.30pagi. di sebabkan gua "shift" malam, minggu ni. Maklumlah kerja kilang. Lepas sahur jerk, rahmat dari tuhan datang. Hujan selebat-lebatnya. Tanpa di sengaja gua menepuk dahi, dan menyebut "Allah, hujan pulak!"

Gua redah balik rumah jugak, apa nak jadi, jadi lah.. sesi tido di atas katil dengan memakai boxer sudah bermain dalam otak gua.apa kes pagi2 dah keja, gua pagi2 baru nak tido.

Gua pow baju hujan member gua, yang baru masuk kerja, "complet" dari baju sampai seluar, kalis hujan. Tapi gua silap, lepas je keluar dari pagar tmpat kerja gua, kasut gua dah basah lencun. Stokin gua kalau diperah boleh dapat 2 gelas susu kaca. Baru gua nak "budjet" pakai stokin untuk satu minggu tergendala.

Hujan makin rancak, kenderan-kenderan 4 tayar, ambik kesempatan cuci tayar, langar lopak-lopak air, sampai penunggang moto macam gua kena tempiasnya. LAHANAT!


Lampu Isyarat pertama.

Dah dua hari gua lihat warna kuning je menyala, warna lain mungkin metol terbakar. Masa-masa puasa ini lah, banyak aduan tak laku, ramai perkeja JKR mula sibuk dengar lagu raya dekat radio Era dan Hot FM. Gua terpaksa mengambil masa, hampir air hujan masuk dalam seluar dalam baru gua dapat lepas dari "Trafit Light" pertama.


Lampu Isyarat kedua.

Yang ni gua guna istilah "FUCK SYSTEM", sebab lampu isyarat yang kedua ni, tak berhati perot. warna merah dia lama sangat.


Lampu Isyarat ke-3

Rentak hujan makin pelahan, lampu isyarat kali ini gua berhenti, di sebabkan lori-lori hantu dah sedia nak tekan minyak dari simpang bersebelahan. Kalau gua tak berhenti, paling tidak pun surat kabar metro esok ada cerita pasal gua.


Sedang menunggu giliran berlepas, gua perasan gadis manis dalam kereta dekat simpang bersebelahan. Sepender basah, hujan lebat, lori hantu dan lampu isyarat gua campak tepi secara "spot". "check" masa 7.45am. esk kalau ada rezeki boleh lihat gadis manis tu lagi.

Tepat 8.00am gua sampai banglo 2 tinggat gua. Baju hujan tadi gua sidai atas pagi, moga-moga petang nanti kering. Basuh kepala takut nanti demam, muka kasi basah nanti nak tido baru ada angin2 sikit. Boxer gua dah sarung...


kemudian.


"Yuder! mak tadi suruh ko sidai kain dengan seluar ne..." by nenek gua.






yeaaa....





Monday, August 24, 2009

42 % is punk.

Pagi lu bagun,
Bila bagun lu lewat,
Bila lewat lu malas,
Lu basuh muka,
Gosok gigi,
Ambik air sembahyang.


Lu sarung uniform one week.
"Smart and clean for first day"
second,
third,
and Friday like "Bau Gampang".


Lu rambut rockers,
Panjang,
Tutup telinga,
Ala-ala korea style,
Tapi bau masam.


Lu perokok,
kuat merokok,
sakit dada,
behenti merokok,
seminggu,
2 minggu,
sebulan,
Bila sihat "continue" merokok.


Lu kaki perang,
semua nak perang,
semua nak jahat,
semua taknak sopan,
gadis-gadis manis,
atau pun gadis-gadis semanis-manis,
lu tak sopan.


Tapi bila...


Bulan Ramadan.
Lu tetap puasa.




Saturday, August 22, 2009

Dam-Dam-Dum Bunyi Mercun!

Gua masa kat tempat kerja dah borak-borak, pasal warna baju raya tahun ni, puasa belom start tapi gua dan rakan sekerja dah gebang cerita baju raya. Majoriti rakan-rakan sembang gua, dah kawin,baru kawin yang "late's" dapat baby pun ada.

Masing-masing berkerut dahi fikir budjet raya tahun ne. Duit tol balik kampung,duit minyak,duit anak buah lagi duit baju raya bini lagi dan macam-macam jenis pengeluaran duit . Ada setengah-setengah "part" dia orang saja buat ayat sedih, bagi gua rasa nak hulur sedikit bantuan maklumlah gua bujang tak laku. Tapi gua kebal dengan ayat-ayat sedih, buat muka selamba jea..buat gua ne menapung keluarga seramai 10 orang pulak.



Tapi satu jea ayat gua tak boleh nak tepis.



Sahabat di tempat kerja: "Wey tahun ni lu pakai baju 'SEDONDON' warna apa pulak?"



Gua :.......................................

( Lahanat!)



selamat berpuasa. :)

Thursday, August 20, 2009

Final project.

Lecture : "HA! kumpulan kamu buat project apa?"

Gua : "Mesin makanan kolam ikan secara automatic"

Lecture : "Laa..Baik ko orang buat makanan BABI"




(Lahanat punya lecture, gua dua minggu pikir pasal benda ne, dia anjing2 kn gua pulak)

Saturday, August 8, 2009

kosong?

Bagun saja pagi sabtu, semua family gua tak ada, sebab malam tadi mereka dah berangkat rumah Pak chu gua. Stanby esok nak buat kenduri "Akekah", gua bagun pun ikut masa sebelah eropah. kira 1.00ptg bersamaan 10 pagi Malaysia lah. ( gua main agak jerk masa tu).

Adik gua dah beronggeng keluar katanya nak dating. Apa kes? abang sendiri tak pegi dating ini adik boleh pergi dating. Memang dah kertelaluan.

Nak harapkan sarapan dimeja makan memang haram tak ada lah. Bertuah lah kalau ada jiran nak hulur2 nasi lemak yang lebih kat gua. Macam biasa, bagun pagi-pagi. gua akan "wish" siapa-siapa tak kira lah, gadis-gadis mana. Dah memang tabiat. Walaupun dah masuk tengah hari, memang dah kira tabiat gua. Untuk menunjukan gua dah bagun tido.

Turun-turn dari bilik layan Astro, "check" kato0n apa yang menarik. Tapi Astro ne banyak menipu, asik tayangan ulangan jerk.

Sekali gua layan "Chanel" 303. korea sires. "Summer Scent" agak lama gua layan citer tu, menyentuh perasan sampai pukul 3.00ptg baru gua nak mandi.

Petang gua gerak UITM lepak dengan member gua bincang pasal "Final Project" yang macam sundal. Perah otak sampai tak ingat nak makan. pukul 9 malam gerak balik singgah melantak.

Sampai rumah, mak gua call, cakap adik gua tak balik malam sebab dia "stay back" rumah kawan dia..

Shit la! time-time ne lah gua rasa sunyi sorang pun tak ada kat rumah, ne pun layan cerita "Powerpuff girl".

Nak call gadis? Kenapa time-time ne tak ada sorang gadis nak call gua? Agak-agak nya gua tak tulis number fone gua kat belakang pintu tandas lelaki kot.

contoh nya:- LELAKI KESUNYIAN SILA CALL 019-XXXXXX.

boleh jalan ke agak-agaknya?

Friday, August 7, 2009

Demam.


Semalam gua dah bagun lewat pegi keja. walaupun dh mmg gua hari-hari lambat. Tapi pagi tu gua lain sikit, sarung 3helai baju + jaket. Gua rasa pagi tu dah start musim salji sebab tu gua dah stanby pakai baju tebal-tebal. Sampai tempat keja, suhu badan gua makin tak stabil, sekjap ok sekejap sejuk. Layan nasik lemak ayam pun tak berselera, 2-3 suap gua dah rasa loya. Rugi duit gua RM3.20sen.

Dalam hati gua, ni peluang gua ambik MC. Lalu gua gerak pergi klinik berhampiran, buat pemeriksaan. Hati gunda gulana pulak, doktor bagi penjelasan pasal H1N1. Pehh setakat ini baru ada 11 org yg maut tak kan gua yang ke 12. Astargfirullah..
Jauah kan lah...

gua dapat mc 2 ari. ubat tahan sakit,ubat batuk dan antibaotik.

doktor suggest gua togak air 100plus sebanyak mana yang mampu.

dan pagi ini.. demam gua kelihatan makin kurang.




Doctor lihat gua togak 100plus




Saturday, August 1, 2009

Gua dah bilang naik bus!

"Ko degil, nak naik basikal jugak!". Katanya senang nak pegi mana-mana. Ni sekarang dah kul 5.00 ptg, kedai basikal yg kita sewa nak tutup lagi setegah jam.

Gua dah macam separuh pengsan, tolak basikal naik bukit. Karma (nikon D200) buat-buat power padahal dah menyesal, tolak basikal satu hal, sangkut kamera berat nak dekat 1 kilo kat kepala satu hal lagi. Nasib baik gua punya kamera tak berat berkilo-kilo. Gua tak main lah nak pakai gajet2 power ne, yang peting hasil seni tangkapan tu mesti mendalam. Ada makna dalam gambar. (Gua cakap macam dah 10thn pegang kamera).


Bila sampai turn turun bukit, gua paling minat sekali.. sambil kayuh basikal bukak mulot besar-besar macam makan angin, dia punya angin memang mantap, teringat zaman gua kerja tangkap ular Anaconda kat hutan Amazon.



Shah Alam ada hutan Amazon.

Lu memmang kencang dengan Nikon lu lah bro.

Jelapang padi hotak hang, ne kat Shah Alam la.

sawah padi made in Shah Alam.

Gambar ini di ambil masa mula-mula perjalanan. nampak bersemangat.

Thursday, July 23, 2009

Biskut letak lilin dan tiupp...

Entry yang ke 101.

gua menyambut dengan membuat ramb0ot ala-ala zaman mod's



kami memang sopan satu ketika dulu.

Aktiviti menyakat Hanjeng adalah satu kerjaya yang merbahaya. Jadi kepada yang tida skill menjerit seperti "Ahmad Idham" diharap tolak sahaja tepi keinginan anda untuk meneruskan operasi.

Wednesday, July 22, 2009

Lucky

Tak kan nak hardcore memanjang jerk.. kadang-kadang nak gak layan tangkap lentok,tangkap leleh,tangkap shahdu dan macam-macam tangkap lagi.

Malam tadi saja jerk search lagu2 kat youtube, tiba-tiba gua click lagu

"Lucky by Jason Mraz featuring Colbie Caillat"




sial manis sungguh Colbie Caillat, agak-agak ada peluang tak gua ayat dia?

Tuesday, July 21, 2009

Lama-lama terpaksa layan jugak.

Setiap Isnin sampai Jumaat, dari pukul 11mlm sampai 12mlm, gua tak ada peluang langsung nak sentuh remote Astro. Kalau dapat pun boleh tekan info jerk, nak tukar chanel layan comform kena maki dengan mak dan nenek gua.

Start Astro umpan citer-citer indonesia, peluang gua nak tgk documentari dan gosip2 artis tak ada peluang lagsung.Tak kan nak beli majalah mangga? baik gua beli dunhill 14 ada gak manfaatnya.
Nak cakap gua ne dari keturunan indonesia, tak ada pulak ilmu batin dan halus2 atok gua bagi, yang ada pun almari zaman jepun. Itu pun dah nak reput, nenek gua pun dah oder almari baru nak tukar almari lama tu.

dari cerita "Puteri Terbuang", lepastu "INTAN" sekarang "Sekar"

Mula-mula gua tak ambik port sangat layan citer2 indon ne, tapi dah sampai mak gua, layan internet tgk kt youtube apa kes?


Gua tak ambik port lagsung citer-citer indon tu. Terpaksa tengok adalah..tapi sampai satu tahap adik gua tukar chanel. Tiba-tiba gua sound adik gua, tukar balik citer indon tu, sebab gua tengah kushuk layan..


betol beb gua tengak kushuk layan.

sampai mata gua berkaca2 kalau ada agenda-agenda sedih.


"ASTAGHFIRULLAH.."


gua layan citer indonesia pulak.



Saturday, July 18, 2009

Hilang.

Mana hilangnya rasa ketawa?
Mana hilangnya rasa gembira?
Mana hilangnya semua kenangan?

semua sudah hilang.

semua kerana mengikutkan kata ikutkan hati.

semua kerana mengikutkan kemarahan diri.

dan

semua adalah salah pada diri sendiri.


sekarang.

Ketawa yang tak dapat di kongsi bersama.
Gembira yang tak dapat di kongsi bersama.
Kenangan yang sudah pasti tiada lagi ada.


Jika ia boleh diputar semula.
kembalikan pada waktu dulu.
Jika ia adalah terbaik bagi mengembalikan semua rasa yang HILANG.


Monday, July 13, 2009

Hari sabtu gua.

Pagi sabtu gua celik mata. Lihat jam kat tangan sudah pukul 3ptg, gua silap bukan pagi dah masuk waktu ptg. Gua memang pelik, tido pakai jam sebab mudah nak bagun solat. Tapi ari ne gua sangkut solat subuh.

Ini kerana malam tadi gua bersengkang mata layan citer 'Slumdog' dan layan ayat kat gadis2 manis kt yahoo mail. Kalau gua buang tabiat tu, dah lama gua jadi AJK surau. Merangkap tukang azan suboh.

gua ambik towel turun ke bawah ushar toilet.
mak gua dah membebel, sebab tak sarapan pagi, mempertikaikan berat badan gua yang kurus sebab 'skip' makanan.

sambil mandi, gua pikir apa nk buat hari neh.





gua perlu ayan citer ni.
kisah sekelompok hiwan yang setia pada kawan2nya. Tak macam gua, yang dah tikam kawan gua. WTF gua memang rindu pada kawan2 gua.

Gua gegas pakai baju alar kadar, gua gerak ke GSC bukit raja. Beli taket, layan Mc'd terus balik.



lu tak percaya?
gua layan sorang2 jerk...
x ada gadis manis, x ada kawan gelak ketawa.


gua dah biasa semua neh.

Sunday, July 5, 2009

Catatan kembara ke bentong akhir.

Dan gua telah mendapat rezeki petama gua. Sebagai juru gambar, walaupun tak seberapa hebat dan tak seberapa bijak mengendalikan kerja-kerja ini. Tapi ini adalah 1st step gua, kalau gua nak buat sesuatu yg lebih menarik dari hidup gua.

Bersyukur apa yang gua ingin mencuba, dan apa yang gua rancangkan dalam hidup. Seperti menjadi jurugambar kepada kawan-kawan gua.

Walaupun ada kalanya hasil tidak menarik, gua tetap memperbaiki yang terbaik. Bagi kawan-kawan, sebab gua pown dah 'chas' murah tak kan banyak bunyi lagi kot.









Where the boots boys gone?

Dulu masa zaman jahiliah, lagu ne mmg memberi seribu makna. Dalam erti sebuah kawan, bila band2 perfom lagu ne, semua 'fan' turun menyanyi bersama. Ada satu ketika muka 'Agroo' pun boleh menitiskan air mata.

Macam tak percayakan dari sebuah lagu, boleh menjadikan seorang tu tewas, kerana lirik2 yang penuh bermakna.


WHERE BOOTS BOYS GONE?

WHERE FRIEND SIMLE AND LAUGH?



semua sudah berakhir?