Thursday, November 5, 2009

Astro macam-macam hal.

Semenjak mak gua dah pandai oder menu tambahan dalam rancangan Astro ne, macam- macam benda gua mudah terpengaruh.

Balik dari kerja tadi gua ingat nak layan nasi goreng cili padi sama tea 'o' suam. 'Ending' dia pula dengan dunhill sebatang. Gua tak sabar lampu merah gua redah, pakcik bawak honda gua sailang dan kerja harian ushar gadis manis jual nasi lemak tepi jalan gua dah tak hirau lagi.

Semua kerana perut gua yang dah bunyi 'double pedal' .

Sampai rumah menu pagi jadi lain.Nasik goreng tak ada, mungkin adik gua melantak malam tadi sampai nasi sejuk buat sarapan pagi tak ada. Yang ada bebola ikan yang disalut tepung, warna tak mengairahkan lagsung. Tapi gua tetap abik lima bijik sebagai alas perut pagi. Dah memang tabiat dari dulu, angka lima kira sebati dalam diri gua, semenjak layan superhero jepun 'Flashman' sebelum kedatangan 'Power Rangers', yang dah pandai nak jadikan 6 orang pulak.


Pagi-pagi layan tv memang best, sebab tak ada siapa nak kacau gua alihkan siaran. Tapi penangan mak gua oder menu tambahan@rancangan tambahan dalam astro memberi efect
terbesar pada gua pagi ini.


Gua layan cerita hindustan sampai mata berkaca-kaca.


Macam sial la pulak..



3 comments:

  1. ahaha..siap berkaca lg. terok da ni

    ReplyDelete
  2. ahahahahaha. cte hindustan tajuk ape? layan tamil baru umpphhhhh! hahahahhaa.

    ReplyDelete
  3. pehh..
    ku pon xde a sampai bekaca..
    feeling hbis nih..
    hak3

    ReplyDelete