Sudah lama tiada kematian pada ahli-ahli keluarga gua yang terdekat. Isnin lepas, pangkat "pakcik" untuk gua ditarik balik.
Perginya anak buah pertama gua, membuat suasana seisi keluarga gua dalam keadaan shahdu. Gua cuma bertahan sedih apabila mendapat panggilan dari emak gua, menggenai hal tersebut.
Dan masa dalam perjalanan balik, gua memikirkan situasi abang gua, dan kakak ipar gua yang tidak sabar-sabar menunggu kelahiran kali ini. Tetapi rezeki mereka tidak kesampaian.
Cukup sifat, cukup comel tetapi, tuhan lebih sayangkan dia. Antara perkara yang buat gua boleh nagis dalam hidup, apabila adik beradik gua akan nagis dan secara automatic mata gua akan berkaca-kaca.
Tapi perkara yang mengguatkan gua adalah. Janji-janji ALLAH S.W.A dimana bayi yang mati sebelom ataw selepas lahir. Syurga adalah tempat tetapnya.
Al-fatiha. buat baby girl yg comel. dan gua tak hafal nama anak buah gua, sebab abang gua letak nama yang susah gua nak eja.
The Two Best Hiking Snacks
5 years ago
No comments:
Post a Comment