Semasa di Kuliah.
- Baju ke kuliah aku hanya 3 helai seminggu ( seluar pun paling banyak 2 helai seminggu)
- Topten pelajar yang lewat ke Kuliah.
- Berpakaian aneh semasa ke Kuliah. (kemaja tahun 1980,seluar sendat dan kasut nike lusuh)
- Beg aku warna-warni ( colour of benetton)
- Setiap nota-nota aku akan dihiasi mahluk-mahluk yang aku lukis sbb teramat bosan.
- Salah seorang peminjam pen yang berjaya di dalam class ( hampir separuh pen x dipulangkan).
- Suspect utama jika terdapat gas beracun didalam class.
- Panggilan 'Joker' dari rakan-rakan class. (kenapa tak robin mesti gempak)
- Tiada istilah baju 'tag in' dan 'sila pamerkan kad matrix anda' sejak mula aku di gelar pelajar poly.
Luar dari Kuliah.
- Seorang yang berhaluan Kiri terhadap undang-undang politeknik. (pembangkang)
- Kaki tido di library (pendingin udaranya membuat aku terlena).
- Akan menyebut 'hai kak long ' jika tersempak gadis-gadis ayu yang hidung tinggi.
- Pelanggan tetap cendol pulut kat depan 7E simpang 4.
- Tiada bakat dalam bermain mata di dalam library walaupn telah di ajar oleh guru-guru yang bertawliah.
- Akan menyebut 'mari mencari jodoh!' ketika mengajak rakan-rakan ke koperasi. walaupun setiap kali cubaan mencari jodoh tidak berjaya, disebabkan peragai aku yang hampeh.
- Suka melomat tinggi-tinggi walaupun ada waktu tidak memerlukan aktiviti begitu.
No comments:
Post a Comment