Saturday, August 28, 2010

Kenapa gua penduduk Malaysia.

Kenapa gua penduduk Malaysia?

Sebab bila musim bulan Ogos, tuuu dia bendera melambai-lambai macam ada angin kencang tengah tiup. Lepas tu tunggu dapat subsidi bendera free dari pekerja-pekerja tol yang akan tolong lekatkan pada bumbung kereta.Kalau salah setting lekat, tuan kereta akan simpan dendam dalam hati, sampai rumah baru adjust betol-betol baru nampak staylo-mailo.

Kenapa gua penduduk Malaysia?

Sebab gua boleh tengok budak-budak basikal letak bendera lebih besar dari saiz basikal dia orang, dan cikgu-cikgu tak akan mudah menegur sikap budak-budak yang eksen, sebab budak-budak tayang bendera besar masa depan pintu pagar sekolah dan cikgu cuma ada bendera kecik di bumbung kereta.

Kenapa gua penduduk Malaysia?

Sebab masa remaja gua, waktu-waktu ini lah line clear nak keluar malam dan overnight semata-mata nak tengok bunga api kat Dataran Merdeka, walhal kerja sekolah pasal karangan merdeka satu habuk pun tak usik lagi.

Kenapa gua penduduk Malaysia?

Sebab gua dan orang kebanyakan, lebih berfikiran positif dan tak terlalu taksub dalam hal-hal membaling najis pada kedutaan-kedutaan asing. Kalau gua dan orang kebanyakan ini bersifat kejam, gua tak layan lagu-lagu Nidji dan cerita-cerita seperti Bawang Merah. Baik gua layan cerita Hongkong. Lagi pun gua kalau ada satu ribu ringgit Malaysia, sudah tentu gua jadi jutawan di sana.

Dan sebab tu gua tinggal kat Malaysia.

Monday, August 23, 2010

Bila rasa tak normal, anda mudah mengubah lirik lagu indie Malaysia. Percayalah.

Tak usah kau terangkan ku tahu,
protet wajah mu yang kian tersenyum,
curahkan derita mu pada ku,
biar ku tahu masih di samping mu.

Terbang-terbang,
dengan doa sayang,
ku biarkan kau terbang,

Terbang-terrbangg,
sudut kecil ku ini,
masih menanti lagi.

Tersungkur ku di tengah angkasa,
lagu ku ubah telah ku nyanyikan,
lagu kisah cinta yang tak terasa,
akan ku buang bila akan tiba masa.

Terbang-terbang,
dengan doa sayang,
ku biarkan kau terbang.

Terbang-terrbangg,
sudut kecil ku ini,
masih menanti lagi.

Mimpi- mimpi,
yang tak terjadi,
aku janji,
janji akan pergi.

Mimpi-mimpi
yang tak terjadi,
aku pasti,
pasti akan pergi.



* lirik di ubah dari lagu Hujan-kota hati.

Wednesday, August 18, 2010

Nikmat berbuka di rumah.

" Yang berbuka ni sayang masak apa?"

" Oh. sedap tu, milo ais abang pun ada yea?"

"Nanti balik kerja abang beli kuih ayang suka ok."


*********

"Ko tak terasa nak kawin ke macam aku ne?" Zul pekerja kilang plastik yang sudah berkawin selama 3 tahun.

Monday, August 16, 2010

Rasa Laksa atau rasa sedih?

Gua tak boleh focus nak makan bila kawan sebelah cerita bab-bab gadis manis, lagi-lagi mengeluh kenapa dia lari?, kenapa aku ni tak bagus ke? kekasih baru ada kereta kancil turbo tak? orang pantai timur atau orang utara ke?. Boleh hilang fell gua nak rasa setiap unsur rasa pada lidah gua. Elok-elok gua rasa laksa Johore terus gua rasa macam laksa kaki. Cilake.

Jadi perkataan yang mudah gua sahut. "Urmpp..", "Yer ke?", "Mungkin kot.." kalau panjang sikit mungkin " Tak ada jodoh sedar-sedar lah sendiri". Itu pun kalau gua dah habis kuah laksa.

Gua sarankan beli jea Astro, pagi-pagi bukak siaran 106 lepas subuh dalam kul 6.30pagi . Layan Dr. Fazilah Kamsah. Baru ada anjakan paradikma.

Wednesday, August 11, 2010

Bulan Ramadhan gua pada tahun 2001. Terima kasih cina bukit. Lu banyak memberi gua seribu makna.

Selepas sahur gua tak tidur, Masa tu tahun 2001. Gua tingkatan tiga, Astro pun belom ada kt rumah. Jadi layan radio dulu, sebelum pergi mandi.

Dua hari sebelumnya gua, dah menyakinkan emak gua tentang peranan gua ingin bekerja semasa cuti sekolah ini. Peringkat awal emak gua membantah sebab bulan puasa, takot gua tak larat. Akhirnya tewas oleh kerana gua memberi alasan, raya tahun ini semua pakaian raya gua tanggung sendiri.

Pagi-pagi lepas mandi air sejuk memang cukup segar umpama makan gula-gula Hacks masa perhimpunan.Kepala rasa berangin sebelum letak minyak rambot. Dah letak minyak rambot, kepala rasa berat-berat sikit sebab guna minyak rambot jenama Tencho.

Gua kayuh basikal penuh berkobar, pergi rumah Fizi. Bapak dia polis kapar. Dia yang bagi lubang keja kat kilang Jeli-jeli (nata deco-co) Sejenis bahan minuman berasaskan jeli kelapa. Bukan kelapa sawit yea.

Fizi pun pun dah bersiap- sedia. Katanya kerja dalam 2 minggu cukuplah, dapat Rm 300 boleh buat belanja raya. Gua pun waktu itu tak lah mengejar sangat duit, setakat boleh sauk baju Nirvana dan Stone Cold WWF cukup memadai.

Sampai lokasi kilang, gua berpecah dengan anak polis. Gua di suruh duduk dalam Lori, anak polis pula duduk di kawasan meletak label. Kawasan yang banyak makcik-makcik yang kuat mengumpat. Jadi bermula lah episode pekerjaan gua yang pertama dalam hidup.

Gua rasa duduk dalam lori memang best, boleh tidur sambil dengar lagu cina fengtau.Gua cuba buat-buat paham supaya tidak tress semasa bertugas. Waktu tu hari jumaat, Jadi dah sah-sah gua tak pegi sembahyang jumaat. Sebab pemandu lori berketurunan cina bukit.

Gua hantar barang sekitar Kuala Lumpur, memang best dapat pusing-pusing Kuala Lumpur tanpa bayaran tambang bas. Naik lori je, gua dah tawaf habis, semua kedai runcit dan shopping mall gua masuk, kerana jadi tukang hantar barang.

Pukul 1.30petang pemandu lori parking belakang kedai runcit area Gombak. Jadi gua ambik kesempatan tidur. Lepas 10 minit pemandu cina bukit, kejutkan gua. Bagi gua nasi ayam dengan air cincau.

Gua tewas, dalam lori jugak sental nasik ayam yang tak ada rasa lagsung. Di sebabkan terharu, kepada cina bukit yang belanja gua makan, jadi gua bertanyakan soalan cepu emas pada pemandu cina bukit untuk berkenalan dengan lebih mendalam lagi.

"Bos lu beli mana nasi ayam ini?"

"Restoran cina depan Maybank" kata pemandu cina bukit.


Gua sehari jea keja, esok gua dah berhenti dan harapan beli baju Nirvana dan Stone Cold WWF punah di pagi raya 2001.

Sekarang sudah Bulan Ramadhan beb!

Pada bulan Ramadhan lah, gua rasa masa yang tepat gua menebus segala dosa-dosa gua yang lalu. Walaupun tuhan itu maha pengampun pada bila-bila masa, tidak kira waktu,hari atau pun keadaan.

Tapi bagi gua, bulan Ramdhan ni lah tempat gua bertayang muka dekat surau yang jarak hanya 300 meter dari rumah gua. Pada waktu ini lah gua rasa bila nak tinggalkan sembahyang itu, rasa amat rugi. Walhal kalau lu,gua dan orang ramai tinggalkan sembahyang walaupn bukan bulan Ramadhan tetap juga rasa rugi.

Watuk bulan Ramadhan ni semua ada batasan untuk marah, dengki, mulot bau bangkai, mata yang perlu di cuci dan nafsu serakah yang selalu menguasai diri. Selmua ini perlu di letakkan satu kelompok dan di tutup dengan tutup periuk besi, agar tidak menguasai diri pada bulan Ramadhan ini.

Tatkala bulan Ramdhan ini, rakan yang lama hilang, cinta yang tak pernah wujud dan teman istimewa, kadang-kadang amat memerlukan untuk berkongsi saat -saat yang indah. Walaupun hanya bertanyakan "KO PUASA TAK HARI INI?"

Paling terharu dan penuh gelak ketawa adalah penantian Iklan-iklan yang menarik dari mana-mana Syarikat besar. Walaupun Arwah Yasmin Ahmad sudah lama pergi, berharap ada pengantinya dalam menghasilkan Iklan-iklan yang penuh bermakna dalam bulan Ramadhan ini.


Di sini Pekerja Kilang Plastik Ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Kepada sesiapa yang membaca blog yang huru-hara ini. Jika anda terbaca 'entry' kali ini, di harap memabalas pada coment dengan memberi ucapan. Sebab tak lah gua rasa segan bila gua buat ucapan macam ni. hehehe~~

Monday, August 9, 2010

Bercuti.

Kilang plastik buat rombongan bercuti ke Pulau Redang. Gua rasa pada waktu itu, sekurang-kurangnya gua kena pastikan sebanyak 5 kali ungkapan itu betol dari mulot HR gua. Baru gua boleh sembang kencang dengan orang kampung, yang gua akan lepak dan bersuka ria kat Pulau Redang secara percuma.

Lagi sembang kencang bila HR gua bagi tahu, yang budak-budak kilang plastik akan naik kapal terbang pergi Pulau Redang. Masa tu rupa gua dah lain, tak tahu mana gua perlu mengkategori muka gua. Nak letak muka bangga boleh gak, nak letak muka terharu pun boleh gak.

Jadi bila budak-budak kilang Plastik dah tahu pasal rombongan ne, jadi 3-4 hari sebelom bertolak kerja macam cilaka. Kepala otak dah pikir gadis-gadis pulau dengan penggalaman pertaman naik kapal terbang.

Gua dah buat beberapa rancangan yang agak menarik masa rombongan nanti. Mesti meriah suasana orang kepulauan Redang dengan kehadiran gua.

Wednesday, August 4, 2010

Jangan terbangkan mimpi gua umpama asap rokok dunhill.

Sudah setahun lebih gua tidak dengar kabar berita kawan-kawan gua yang telah gua tikam dari belakang. setahun lebih bagaikan ratusan kenagan telah terbuang dan disia-siakan dari peristiwa yang lalu.

Bagaikan menyedut udara tanpa kepuasan, bagaikan menghisap rokok tanpa asap dan bagaikan gelak ketawa tanpa iringan. Semua benda ini umpama tiada makna, Macam sekarang agak sunyi tanpa kawan yang satu ketika rapat sentiasa.

Hurmp.. setiap kali gua tetap mengeluh atas kesilapan gua yang lampau. Kesilapan yang mementingkan diri sendiri, tidak pada orang lain. Mementingkan rasa simpati dari persahabatan yang telah lama ikat. Tapi akhirnya mereka gembira juga.

Pagi tadi mimpi bagaikan permintaan yang gua mahu selama ini. Kembalikan rakan-rakan yang lama, kembalikan semangat baru yang telah lama hilang antara rakan-rakan. Tapi mimpi hanya sementara, gua dapat juga gelak dan senyum. Bila mata tercelik ia hilang bagaikan dibawa asap-asap rokok dunhil yang makin lama makin hilang dari pandangan.

Wednesday, July 28, 2010

Pekerja kilang Plastik ramai budak baru.

Sejak dua minggu lepas kilang gua, masuk pekerja baru, yang datang dari utara ada, dari selatan ada cuma dari kepulauan Borneo jea tak ada lagi.

Ramai yang masuk kerja tempat gua, lepasan Diploma berbanding dari mencari nilai gaji yang lebih besar. Besar sangat ke gaji tempat gua ne? dah 3 tahun gua kerja, motor kecik jugak yang gua pakai.

Yang ada pengalama kerja tiada masalah dalam hal-hal nak mengajar. Tunjuk intro sikit masing-masing dah tahu apa yang kena buat. Tapi yang lepasan diploma ni, agak lambat. Terpaksa gua jadi guru sambilan untuk mereka neh.

Bagaikan orang asli baru naik komuter. Bila gua ajar sikit pasal mesin-mesin yang dia orang patut kerja, ending yang gua dapat "Hebat lah bro ne" kata si A, "Ko kaji balik, bro ni dah berapa lama kerja mesti pakar" Balas si B. Gua nak kembang hidung pun tak sampai hati. Gua cuma kawal mesin pengangkat jea "Crane". Itu tak salah gua dah macam contorl remote PSP.

Bila dah jadi pengajar yang tak bertauliah, budak-budak baru ne ikut jea kemana gua pergi. Dah macam anak itik ikut si ibunya. Nasib baik muncung gua tak macam itik, kalau tak dah lama gua cakap. "Quekk-queekk itik balik kampung".

Bila keadaan tak terkawal, budak-budak baru jadi pepatong tak tahu nak buat apa. Mesin dah huru hara, Yang simpati sempat nak bertanya soalan kenapa terjadi, ada jugak mengulurkan bantuan tapi kena mintak izin pulak dari gua. "Bro macam sibuk jea, nak kene tolong tak".

Dalam situasi ini gua agak tak pandai nak berkata-kata. Yang bertanya soalan kenapa terjadi, gua lebih suka diam. Sebab kena fokus lebih pada mesin berbanding solan yang bijak. Jadi gua akan balas bila mesin dalam keadaan sopan-santun. Tapi yang hendak memberi bantuan, gua akan besuara seperti ini. "Lu tengok dulu apa yang gua buat, apa-apa hal bila huru-hara macam ni gua lepak atas kerusi jea lu orang yang kena buat ok."

Tapi budak-budak belajar ni bijak, ada jugak part-part gua agak bengap. Selamba jea dorang selesaikan lagi-lagi bab-bab nak buat report dalam bahasa English. Gua bahasa omputeh ne memang tak bijak langsung.

Friday, July 23, 2010

Daging kambing

Entah kenapa hari ini, gua rasa nk tulis banyak catatan. Mungkin gua cuti hari ini, dan mula sihat dan rasa macam suci lepas dapat solat jumaat. Oh.. kene besar sikit tulisan itu.. RASA SUCI SEBAB BARU LEPAS SEMBAHYANG JUMAAT. Secara lojikalnya tak ada siapa nak follow sangat blog gua ni, jadi tak guna jugak bila gua buat tulisan bersaiz XXL

Ok pasal Daging kambing. Maklumlah rumah gua baru buat kenduri Aqiqah untuk anak buah gua yang pertama. Jadi bila anak lelaki,kenalah korbankan beberapa ekor kambing menggikut kemampuan si bapa. Abang gua rasa ria, dia korbankan dua ekor kambing, katanya takut tak cukup, orang kampung kuat melantak.

Daging kambing ni, bukan ramai yang suka sangat. Tapi di sebabkan populurity masakannya kurang dapat sambutan setiap hari di mana-mana kedai makan, kecuali Restoran Selvem dekat pekan. Jadi bila ada makan kambing pada hari akikah, serta merta masakan daging kambing jadi masakan yang laku pada hari itu.

Daging kambing ni, bukan jenis calang-calang orang yang boleh masak.Potong kena kemas, macam potong buah tomato buat hiasan makanan pengantin. Orang kampung kata, potong kena teliti kalau tak bau kambing akan ada dalam masakan. Habis kalau potong lembu dan ayam tak kemas, ada bau jugak ke masakan bau lembu dan ayam?

Gua memang tak suka ikut belakang lori ayam, bau macam gampang dan gua ingat lagi gua ikut belakang lori babi masa ponteng sekolah.

Jadi abang gua import tukang masak specialist daging kambing. Bila tukang masak mula nak tumis masakan dalam kuali besar, makcik-makcik kampung dah pandang lain macam, nak mula record resipi. Selalunya yang pandai masakan kari kambing ini, golongan-golongan mamak. Jadi tak salah lah tukang masak tu berkulit hitam. Tapi abang gua, sound pada makcik gua. Tukang masak bukan dari golongan mamak, cuma dia memang berkulit hitam asli. Sangkalan orang kampung melesit pasal tukang masak ternyata salah.

Ada sesetengah manusia boleh makan daging kambing, ada sesetengah tak boleh. Katanya darah tinggidan mudah pening. Jadi bila acara majilis makan, gua boleh trace orang kampung yang kena darah tinggi. Jenis ambik kuah sikit- daging sikit itu yang ada penyakit darah tinggi.

Rakan kampung gua agak hebat melantak 3 pinggan nasik berserta kari kambing. Katanya memang sedap. Tapi gua yang tak sedap hati bila dia mula bersandar lama kat atas kerusi walhal majlis dah lama habis. Jadi gua terpaksa menunggu dia dalam keadaan stabil baru boleh gua kemas-kemas barang kenduri.


Kambing ari tu tak macam ni, lagi comel dari gambar kat atas.

3 hari cerita sakit demam gua.

Gua baru baik dari demam, selama 3 hari yang lepas gua mudah menjadi malas bab mandi dan makan. Bab merokok jaranglah sekali dalam 3 hari yang lepas, Sebab Tekak gua rasa pekat yang tebal.Bila malam saja gua mula di gangu bunyi-bunyi yang pelik. Walhal bila gua dengar betol-betol bunyinya datang dari mulot gua yang tercungap-cungap nak mintak oksigen kerana semput.

Kaki gua mula sejuk bila waktu malam. Dah macam ada special kes pulak, kena pakai stokin malam-malam. Kalau tidak nenek gua jea yang pakai stokin bila waktu malam, sebab tak tahan dengan sejuk lantai simen. Jadi 3 hari lepas gua terpaksa joint dengan nenek gua pakai stoken kat dalam rumah. Bila nak tidur jea, gua sarung hood dan seluar dua lapis bagi pemanasan badan, dah tu lavel kipas gua bagi betol-betol slow punya.

Waktu pagi pulak, dia punya demam dah agak kurang. Tapi tetap pakai stokin jugak, dah macam allergic kat lantai simen pulak. Sembahyang memang kantoi habis, 3 waktu pertama gua sangkut, sebab bagun lewat dan jenis manusia yang malas nak mandi bila sakit datang memang sikap gua. Bibir gua dah tak macam dulu, kering jea dah tak seksi. teguk air banyak-banyak pun rasa tak lut.

3 hari dah berlalu, ari ne rasa segar pulak, sakit tekak masih ada lagi, jadi gua amalkan gula-gula Stepsil macam iklan kt tv tu. kopak jugak lah gua, 6 biji gula harga rm 3 ringgit. Gila punya mahal, murah lagi gula pasir. Di sebabkan gua dah tak beli rokok 3 hari yang lepas jadi gua rasa, tak salah gua memperuntukan duit ke gula-gula mahal semata-mata memulihkan tekak gua.

Oh, semalam gua rasa terharu bila tiba-tiba layan video clip Nidji - Dosakah ku .Ending video memang agak terharu, macam zaman gua dapat naik atas pentas sekolah ambik hadiah sebab lukisan gua dapat 'A+'.

Tuesday, July 13, 2010

Face book.

Cara ke-10. "Lu letak gambar lu dengan budak comel dalam keadaan serasi, gadis-gadis manis mudah tertarik dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak". *(gua terpaksa buang muka Van Damme dan terbitkan muka TALITABIS.)


Saturday, July 10, 2010

Hari Sabtu.

Cuti hari sabtu dan ahad, memang dah lama gua tak dapat. Dalam jangkauan sebulan jugak. Ini gara-gara pertadbiran kilang plastik sibuk carik untung, sehinggakan terpaksa orang-orang bawahan macam gua dapat nikmat cuti hari minggu selepas sebulan, setelah mengikut shift.

Tidur gua memang mantap hari sabtu, bagun pukul 3 petang. Anak teruna mana yang bagun pukul 3 petang hari sabtu, gua jea. Sebab anak teruna mcm orang kebanyakan dah lama berkampung kat kaunter wayang. Layan wayang dengan gadis-gadis manis. Tapi yang beli anak teruna, si dara lepak duduk kat kerusi dengan alasan, Kaki sakit tak boleh berdiri lama-lama. Ok si teruna betol-betol 'Gentlemen' tak pun kene 'Control' sebab gadis manis betol-betol 'hot'.

Gua malas nak mandi, petang-petang ne. sebab tak kemana. lepas magrib baru gua mandi. Jimmat sikit bil air kat rumah gua ni. Tapi gua kena pandu kancil 660 mak gua pergi 'service' kat kedai depan 'bustop'.

Pekena rokok sebatang sebagai sarapan dan air suam. Rasa petua ni lah yang Salem pakai, sebab gua rasa bila gua cakap petang tadi rasa serak-serak basah. Gua pandu kancil 660 ke pusat 'service'. Nasib gua baik, kereta tak banyak. Jadi 'turn' gua cuma tinggal sebijik kereta lagi.
Perot gua lapar rasanya, jadi gua rasa nak layan air nesface dalam tin dengan roti cream vanila. Jadi gua pergi kedai runcit sebaris dengan kedai 'service' kereta.

Kereta kancil 660 mak gua yang banyak berjasa telah siap 'servic'. Jadi gua cuba membayar dengan kad debit gua. Gua kan moden, jadi gua suka guna kemudahan dari membayar tunai. Tapi masalah yang gua hadapi, tokey kedai tak pandai guna mesin kad. Cina bukit, kadang-kadang benda teknikal dia tahu. Tapi benda-benda yang simple dia tak tahu.

Jadi gua 'droop' ic gua, buat pajakan sementara gua pergi ke pekan cari mesin ATM untuk membayar secara tunai. Habis 'service' kereta gua pegi 'car wash', bodek sikit kat mak gua. Sebab dia tadi dah merajuk kat gua sebab lambat pergi hantar 'service' keretanya.

Waktu malam gua edit gambar 'weeding' yang masih tersangkut lagi semua ni duit. Jadi gua kena buat lah jugak. Supaya dapat tokok tambah sikit duit nak beli kereta sebelum hari raya ne.

*Agak kelakar jugak bunyinya yang gua sekarang tengah kumpul duit nak beli kereta.


PhotoPerang Product.



Friday, July 2, 2010

Temuduga.

Gua ada temuduga petang Jumaat dalam bidang 'Darftman' bukan 'Dark Vader'. Jadi gua memang tiada pengalaman dalam hal-hal keja tersebut. Tapi dah di beri peluang datang temuduga, jadi gua dah mulakan persedian awal.

Gua mula belajar dan menampar-namapr pipi sendiri bagi mengingatkan kembali apa yang gua telah belajar satu ketika dahulu mengenai 'Autocad'. Agak bengap juga pada awalnya, sebab kaitan hal-hal 'Autocad' dengan mesin kilang plastik jaraknya bagaikan Surabaya dari Kangpung Baru Subang.

3 hari awal gua dah mula cenderung bukak 'Tutorial Autocad'. Bagi salah satu insentif gua, dalam mengingatkan kembali teknik-teknik 'Autocad'. Laman-laman web prono gua dah tolak tepi umpama puasa dalam 2-3 hari. Walaupn video Luna maya dan Arel peterpen masih gua tak tengok-tengok lagi.

Pagi Jumaat gua balik kerja, kerana gua berkerja pada waktu malam. Temuduga gua dalam lingkungan 3.00petang. Jadi gua rasa gua nak belajar sekejap kemudian tido. Pukul 1.00petang gua akan bagun mandi dan terus pergi ke masjid dalam pemakaian baju ala-ala pegawai bank. Supaya gua boleh terus pegi ke temuduga, dalam keadaan suci.

Gua kesat taik mata gua, dan cuba melihat jam tangan merah gua dalam keadaaan bilik yang kelam tanpa cahaya yang menyuluh.

3.45 petang
.


Gua sambung tidur balik.

Wednesday, June 30, 2010

Khayalan di Serendah.

Ahad lepas gua ada 'job wedding' dari seorang customer yang gua gelar dia 'Bos'. Seorang kawan gua yang sudah berumur lingkungan 30-an. Yang akan mendirikan masjid ( kawin) buat kali ke-dua (duda).


Panggilan 'Bos' pada dia kerana, mempunyai peniagaan kedai makan walaupun sudah ada perkejaan tetap di UITM Shah Alam sebagai juruteknik yang kuat balik awal waktu kerja dan kuat suruh kawan-kawan punch card kedatangan, walhal lepak kat kedai sendiri dengan rakan-rakan.

Gua gerak dalam lingkungan pukul 11.00pagi itu pun gua rasa dah lambat sebab gua kena berada di sana dalam pukul 12.30ptg. Entah macam mana kancil 660 mak gua macam enjin 'Sky line' dalam masa sejam gua dah sampai ke kawasan pekan Serendah. Nasib baik gua tak buta jalan, berbekalkan peta pada kad kawin ,gua berjaya sampai.


Kerja memang cun, awek pun bersepah makcik tayang gelang emas pun bersepah, budak-budak tayang jam tangan 'Ben 10' pun bersepah. Nak ambik gambar pun kene 'control' macho macam 'Remy Ishak'. Baru lah ketiak tak berpeluh.

Kerja gua tamat pukul 6.30ptg, gua punya 'package' senang masa 'no limit', tunggu pengantin halau balik baru gua balik. Tapi tak lah melampau sampai kena stay sampai malam, gua pun ada rumah jugak. Pengantin lelaki 'sound' gua, supaya balik nanti 'oder' sahaja makanan yang nak kat kedai dia. Jadi gua mula 'excited', perut gua memang mengidam Nasi goreng USA dari tadi dengan air tembikai.

Gua pandu keluar kediaman pegantin dan menuju keluar pekan Serendah, dan gua rasa wallet gua nipis, dan rokok tinggal beberpa batang sahaja. Mana 'fell' lalu 'highway' sambil tak isap rokok, jadi gua ushar mesin ATM bagi penggeluaran duit gua. Pekan Serendah kurang infrastruktur. Pum minyak pun kebanyakan tak guna kad, mesin ATM pun susah nak cari. Patut lah kes-kes rompakan kurang berlaku.

Dalam wallet gua cuma ada rm 10 ringgit. Minyak meter kancil 660 dalam keadaan separuh. Betol-betol jimat sungguh kereta jenis binatang buatan Malaysia ne. Jadi gua ambil keputusan terus balik sahaja, kerana tol hanya rm 7.30 rokok ada 3 batang jadi mampu lagi berseronok di tengah-tengah perjalanan.

Baru masuk lebuh raya mata gua dah macam berat, pandu kereta dah macam kuantiti alkohol dalam level 0.2%. Jadi gua berhenti kat perhentian Rawang, cuci muka isap rokok bagi bersemangat pulang memandu.

Jam 7.45 mlm, gua bawak kancil macam makcik kampung baru dapat lesin memandu. Bawak penuh sopan, sebab mata gua memang tak dapat menampung pantulan cahaya yang sulu depan mata. Jadi gua ambik keputusan berhenti di restoran Jejantas, rehat, solat dan cari mesin ATM.

Jalan jauh mesti solat kene buat, sebab takut tak sampai rumah sahaja. Jadi gua solat Magrib dalam pukul 8.00mlm. Habis solat gua lepak dulu, alang-alang nak solat Isyak. Tiba-tiba 3 orang dah berdiri kat saf depan, siap sorang tu azan. Gua ushar jam baru pukul 8.15mlm takan dah Isyak kot. Gua punya lah daif 'follow' jugak dorang sembahyang.Tapi gua silap, dorang sembahyang Magrib jugak 3 rokaat.

Gua rasa agak segan, terus gua calow lepas bagi salam akhir.

Duit dah ada, jadi gua beli air penyegar mata dan rokok sebagai teman asmara di dalam kereta. Gua keluar dari restoran jejantas. Kali ini gua tekan pedal minyak lebih sikit. Perut gua dah lapar dan Nasi goreng USA gua dah rasa di celah-celah gigi geraham.

Tiba-tiba gua bagi isyarat lampu kanan, selamba sahaja gua masuk jalan 'Karak, Kuala Lumpur' mulot gua melopong setelah melihat papan tanda 'Klang, Shah Alam' di sebelah kiri gua.

"Cibai! macam mana boleh aku salah masuk jalan ni!"

Gua terpaksa masuk lebuh raya 'DUKE' dan lalu depan 'IOI MALL' masuk 'Damansara puchong' keluar kat 'NKVE'. Lahanat sungguh rasa waktu itu.

Gua hampir sampai ke kedai makan pengantin lelaki, dengan harapan Nasi Goreng USA dan Air Tembikai. Malangnya hari tu gua tak ada rezeki.


"Siaaaal kedai tutup pulak!"

Friday, June 4, 2010

Mawar Berduri.

Gua dulu pun remaja jugak, remaja yang tak pernah tercicir atau putus dengan aliran moden zaman sekarang. Kalau dulu sebut perkataan 'myspace' siapa yang cakap 'Binatang apa tu?' nampak gaya betol pendalaman belah perlis dia tinggal.

Kalau remaja mesti ada akaun 'myspace' baru lah orang cakap remaja zaman sekarang. Gua mula terjebak sekitar tahun 2003. Sebelum gua masuk belajar kat Politeknik kedah. Member gua Fizi yang 'suggest' benda ni, kalau nak berhubung dengan gadis yang manis dan gadis-gadis yang terlebih manis.


"Bro lu layan myspace awek semua terbaik, budak-budak sekarang susun ayat kat situ lah"

Sepantas kilat gua membuka akaun 'myspace' dengan bantuan Fizi anak polis pekan kapar. Mula-mula memang lah agak pelahan pergerakan tetikus gua menekan benda-benda yang kurang paham. Dan anak polis kapar lah sebagai 'Co-pilot' gua ketika itu.

Bermula bermain sejam, gua tambah lagi sejam rasa tak puas gua tambah lagi sejam terpaksa belanja anak polis sejam sebab masa permainan komputer dia lebih kepada pertanyaan gua. Jadi gua kena lah bayar balik.

Balik rumah gua makan nasi basuh kaki sebelum tidur memang petua nenek gua. Bila nak pejam kan mata. Gua lain macam jadi nya.

"Agak-agak awek tadi setuju ke aku jadi kawan dia, gambar aku letak tak berapa segak, esok pagi kena pergi kedai komputer layan dua-tiga jam ni"kata hati gua ketika mata tidak terlelap lagi.

Jadi bermulalah kegilaan gua zaman remaja menghadap binatang bernama 'MySpace'.


Ohh.. citer makcik mawar berduri.

Satu hari gua ada add gadis mawar berduri, mata tertumpu awek yang memaparkan gaya-gaya 'vogue' baru lah kene dengan gambar yang gua 'pose' berlatar belakang skuter mamber gua. Baru lah mengancam.

Mawar Berduri, gua suspek nama dia betul dia Mawariah atau pun Siti Nurmawar. Tapi sangkaan gua melesit belaka, memang nama dia Mawar. Cuma perkataan 'berduri' di tambah menunjukkan nama samaran agak menarik perhatian.

Gua borak ala-ala kawan dah kenal 5-4 tahun. Walhal baru jea gua kenal dia tadi, gua selak dia punya 'page myspace' berlatar belakang warga-warga punk dan hardcore. Masa tu nilai-nilai lagu music berunsur ganas masih menebal di hati gua. Jadi perbualan memang mudah dari segi sosial pergaulan yang dah tahu cara berinteraksi.

Mawar dulu keja kerajaan jadi gua selalu kutuk dia, menggunakan hak kerajaan yang salah. Mawar jenis freedome. jenis langgar lampu isyarat, jenis yang suka ludah merata-rata. Erti kata mawar ini tak suka sanggat undang-undang.

Disebabkan dia ada gambar memakai pakaian seksi, gua terus berborak dengan dia. Nanti gua boleh tayang kan 'comement page myspace' gua kat rakan-rakan lain. Di situ gua boleh berlagak dengan kawan-kawan, yang gua sibuk berbicara dengan gadis-gadis yang 'vogue'.

Gua rancak dalam 2-3 bulan sahaja. Kemudia gua dah muak main binatang bernama'mysapce' jadi hubungan pertalian gua dengan mawar terputus di tengah-tengah kemajuan bandar.

Setelah lama gua tak bergiat, satu hari gua cuba menjerumus kembali dalam bidang 'myspace'. Nampaknya tokey 'myspace' bernama TOM masih ingat gua lagi ketika itu, dan akaun gua masih berfungsi. Jadi gua terus berhubung dengan mawar.

Cara komunikasi gua dengan mawar agak susah jugak, kandag-kadang 'comment' mawar baru akan gua balas selepas 2-3 bulan. Itu pun kalau gua membuka akaun gua. Jadi masa tahun 2008 gua berjaya mendapatkan nombor mawar. Kira cara gua ayat gadis memang lambat, 2 tahun kenal baru dapat nombor talifone. Memang gua kurang ilmu mengayat gadis ketika itu.

Jadi kadang-kadang gua menghatar pesanan ringkas kepada mawar (sms). Kadang-kadang balas,kadang-kadang tak ada. Gua tak kisah masa tu sebab gua boring masa tu.
Sehingga kan semalam gua terniat nak menghatar pesanan ringkas kepada mawar, itu pun gua selak dalam buku talifone gua, nak kira berapa banyak nombor gadis manis gua ada selama ini.

"Wey beb! apa cerita sekarang ni dah lama tak dengar kabar" sms dari gua.

"hoi! aku baik sahaja, dah lama jugak tak dengar kabar ko jugak" sms dari mawar.

"Aku mana main myspace, sekarang dah upgarde main facebook hahaha~" sms dari gua.

"Oh, nanti add aku, aku bagi ko email aku k jagan lupa add" sms dari mawar.

"Dah lama tak dengar cerita ko dah kawin ke?" sms dari gua.

"Dah kawin lah beb, anak dah sorang. Laki aku ada kat sebelah aku ni, tapi bukan laki yang dulu kali ni aku dapat laki yang baik, aku jea ganas dengan dia" sms dari mawar.

"Ha! lu dah kawin beb! gila gua tengah mesg dengan bini orang ni, gua bukan perosak rumah tangga orang. Nanti esok pagi gua add lu beb" sms gua.


Sekarang ramai kawan-kawan gua dah kawin memang terkejut gua. Rasa nak bukak akaun 'myspace' kembali untuk mencari jodoh.

Monday, May 31, 2010

lu,gua dan orang awam tetap akan pergi, yang pasti waktu itu bukan di tentukan dengan jam pasir yang kian susut sikit demi sedikit.

Bila dengar tentang kematian ramai lebih cenderung melihat siapa yang akan sedih bila kita sudah tiada, siapa akan menyesa setelah kehilangan kita dan adakah nama kita akan di sebut sepanjang masa dan di kenang ketika sudah tiada berbanding dari hidup?

Jika lu, gua dan orang awam semua ingin di kenang sampai bila-bila, dikenang dasar dosa atau pahala itu terletak pada hak orang yang mengenang kita.

'Hidup bukanlah mudah'

Ayat yang selalu dan kerap dengar dalam cerita drama-drama melayu, ceramah-ceramah agama. Abang-abang macho yang sedang pujuk awek yang tiba-tiba suruh masuk meminang cepat. Memang bukan mudah, tapi adakah kita menyesal dalam kehidupan yang telah diberikan?,ini semua kurnaian jadi jaganlah mengatakan mudah tanpa sedikit usaha.

Gua, lu dan orang awam, dapat hidup dengan pelbagai niat dan misi yang tersendiri. Dengan niatlah menunjukkan kita ini, berguna dalam setiap hari, ada tujuan untuk menjalankan kehidupan seharian. Bukan bermaksud wujudnya kehidupan pada diri kita adalah sia-sia, Kita cuma membetulkan niat yang telah sedia ada. Antara niat kita itu betol atau tidak terpulang pada kita, dan cuma tuhan sahaja yang boleh menghukum sedalam-dalam niat kita.

Jadi 'Tepuklah dada tanya lah iman' kalau 'tanya hati' semua benda lu main langgar jea tak ikut undang-undang.

Wednesday, May 26, 2010

yea gua!

Oh, hidung berair, tekak kelat mata berat. Macam-macam penyakit gua dapat bila kerja lebih masa.



Sesekali kesat jugak hingus pada lengan baju macam budak-budak sebab tisu dah kehabisan tak pun kain sapu tangan tak basuh-basuh lagi.



Kabel internet rumah gua kena rembat jadi gua, tak kesempatan nak update. baca blog orang gua sempatlah. Ini sekarang gua curik-curik taip klat tempat keja, takut rakan sekerja gua nampak gua tengah berblog ne. Mahu dia gelak golek-golek depan gua.



"Gila lah lu mamat, layan blog macam perdana menteri tak pun macam pengkritik bebaslah lu, wakakakaka"





Gua taknak hadapi gelak ketawa macam tu, selalunya gua yang gelak ketawa orang. Ohh.. macam cilaka jugak gua ni, diri sendiri taknak kena bahan orang lain punya bahan gua laju pulak.



(kejap-kejap tengah kesat hingus ne.....)



Oh, 2-3 ari nanti gua pergi interview kat seksyen 27, tak tahu gua company apa pulak kali ni gua interview. 2 minggu lepas pegi interview kat kawasan industri subang, tak berjaya. Bukan gua tak berjaya tapi company yang gua interview tu, memang tak berjaya memenuhi gaji yang gua nak. Kira sejak gua dapat diploma ini, gua dah pandai tawar-tawar harga pasal gaji. Kalau zaman gua dapat sijil dulu, naik 20 sen pun dah kira banyak.

Tapi merungut punya pasal, sekarang dah tiga tahun gua lepak kat kilang plastik ni, Tak tahu bila gua nak tukar kerja dari kilang palstik ke kilang besi, kilang papan atau pun kilang kaca. Janji gua boleh kumpul duit banyak-banyak. Kabornya dalam masa 2-4 tahun akan datang 'rate' hantaran kawin makin tinggi. Jadi gua kena bersiap sedia.

Saturday, May 15, 2010

Hari isnin punya cerita.

Jam merah wa, dah pukul 10 pagi. Dari tidur bilik atas gua bergerak ke ruang tamu. Itu pun bila nenek gua kejutkan supaya ada orang di ruang tamu, sebab dia nak pergi ambik ubat dengan pakcik wa. Jadi gua kena tido di ruang tamu supaya senang sesiapa nak panggil dari luar rumah.

Gua sambung tidur lagi, bersama boxer dan badan kering tak berbalut selimut dan baju. Mimpi campur-campur gua tak nak 'grap' sangat apa maksud setiap mimpi gua. Yang pasti mimpi gua kawin tak akan muncul lagi.

Jam merah pukul 2.30 ptg.Nenek wa belom balik lagi dari hospital, gua jangka mesti singgah beli durian atau kuih-muih kali ini. Gua gerak ke bilik tetamu, bilik gua yang gua sedap tidur sekarang.Bukak tingkap bakar rokok sambil cangkong.

Mula pikir perkara semalam..
semalam ada kes besar, memang besar. Dan gua rasa kesal setiap apa yang berlaku.

Gua pikir sambil dua batang rokok habis. Efect isap tak ada rasa apa-apa, gua capai penyembur racun nyamuk. Tembak kat sekitar kawasan gua merokok, buat-buat lebihkan bau racun perosak dari bau rokok dunhill.

Gua pergi kedapur setelah hal-hal cover penyembur racun serangga dah selesai, gua bancur air rebeena yang dah tinggal sedikit. Rasa-rasa cuti nanti gua kena beli kalau tak mak gua mesti bising habiskan air kesukaan dia.

Jam merah pukul 6.00 ptg, nenek gua dah sampai rumah siap makan nasik. Gua tersedar tidur atas kerusi tamu, mungkin gua mabuk air rebeena sampai gua terlena kembali. Gua kesat mata, capai kunci moto dan baju. Terus gegas pergi kedai rambot makcik cina. Makcik cina bukak kedai hari ini. Jadi gua potong rambot senipis mungkin, buat-buat persediaan nak pegi mana-mana temu duga.

'On daway' balik gua kena kejar anjing 2 block rumah dari kedai gunting makcik cina. Menyalak sambil kejar adalah tabiat anjing, bawak motor pelahan-pelahan sambil kaki letak atas bakul ketika anjing kejar, memang habitat gua.Tapi anjing tersebut tak mampu jugak mengejar gua setelah berhempas pulas. Walhal gua pulas minyak motor sikit jea.


Oh, gua baru potong rambot jadi ada aerodinamik ketika memandu, kata mat rempit budak-budak. "Potong angin bro"

Sunday, May 2, 2010

Sweet dream dear 2010!

Suasana tak semeriah macam pergi jom heboh atau sambut ulang tahun kat KLCC. Yang ada dua buah kemah yang bumbung berwarna biru putih, meja yang ada dalam dua baris.Sebaris boleh sampai tahap 10-12 papan meja. Lepas tu dia punya lurus langsung tak center. Kira siapa yang susun meja tu tak pandai dalam hal-hal pembinaan.

Menu lauk gua tak perasan cuma samar-samar sahaja. Kanak-kanak bukan main riang lari kejar-kejar. Ada yang pakai baju melayu warna merah, warna biru dan ada yang pakai songkok ala-ala man belon. suasana penuh gelak-ketawa.

Cuaca waktu tu memang tak cun.Mendung rasa nk hujan lebat,tunggu masa sahaja. Masa waktu tu gua lepak kat luar,sambil hisap rokok. Pakai baju melayu dan songkok. Tapi ada extra gua pakai sampin yang berkilat-kilat. Last gua pakai masa jamuan hari raya darjah enam. Mungkin gua pakai sampin abang gua kot.

Rasa rokok gua isap makin sedap, makin laju gua isap. Sesekali gua betol kan songkok dan rambot, bagi kemas. Biarkan jendol dahi terkeluar berbanding helaian rambot.

Tiba-tiba gua di panggil masuk ke dalam rumah, Gua tersentak tangan menggigil. Gua bakar lagi sebatang rokok untuk melambatkan pergerakkan gua masuk kedalam rumah. Tapi habis sahaja rokok yang terakhir gua masuk ke rumah penuh dengan langkah yang berat.

Gua duduk di sebelah seorang perempuan yang tersipu-sipu pandang gua. di hadap gua ada seberkas bunga telur. Semua orang pandang gua masa tu, gua dah berpeluh-peluh. Tangan gua makin kuat gengaman nya mahu sahaja menjerit perkataan yang agak mencarut.

Gua kini berada di atas pelamin yang simple. Dua bijik kerusi dan seberkas bunga telur.

Pengantin perempuan pandang gua, sambil berkata 'tenang lepas ni selesai lah'. Gua tak pasti siapa dia, rasa nak tumbuk sahaja mukanya sebab berkata dengan nada yang halus dan menggerikan.

Bila gua akad nikah? bila masa gua setuju nak kawin? Mungkin gua kena pukau masa angkat nikah kot?

Macam-macam soalan kat kepala otak gua. Seorang kawan lama gua tegur di hadapan gua, 'Kejap lagi kawan-kawan nak datang tengok ko bersanding' ini tak boleh jadi, Hati gua tak keruan.


Mata gua celik. badan berpeluh-peluh, Memang panas cuaca sekitar pukul 2.45ptg ini. Gua raba boxer gua, tak ada basah. Nasib baik bukan mimpi basah, mimpi seram jugak gua dapat petang-petang ahad ni.