Pagi ni gua bagun tido, walaupun ada lagi 8 jam sebelum gua pegi ke kelas "part time" gua. Tapi kelopak mata gua ne, segar macam baru lepas mandi air sejuk perigi.
Gua cuba sambung lelapkan mata.. Si kelopak mata, memang tak ada rasa nak bertoleransi langsung terhadap gua. Gua tak berjaya nak tido balik.
5 minit pertama gua ushar syiling rumah gua.. dari dulu, warna putih,mungkin raya ni nak tembak "color" merah ke, jingga ke baru meriah..
10 minit gua rasa lain macam sejuknya. Gua dah boleh dengar degupan jantung gua mengepam dah macam isi angin tayar padar kadar 32 bar.
15 minit, gua capai hanset gua. Tengok tak ada satu messg ataw "miss call"dari mana-mana pihak.
Tak ada ke gadis-gadis manis nak "call" gua hari ini. Nak bertanyakan apa xtivity gua hari ini?,sihat ke tak?,puasa ke tak?,lena ke tak tido malam tadi?.. dan macam- macam lagi ke.. tak..
Tenet......tenet... "Khairul hari ini aku MC bagi tahu kat bos"
Rakan sepasukan memberi pesanan ringkas. Memang cukup ringkas.. Ingat gua ne tido sebantal dengan bos gua ke. Nak messg tak datang pagi-pagi ni, gua baru nak gerak pegi keja. "Titel" lambat memang gua dah pegang sejak 2 bulan berturut-turut ne.
Tak ada maknanya gua nak ambik "port" pasal kenyataan tersebut.
Setiba sampai ke lokasi kerja, kelihatan ramai sepasukan kerja yang tidak hadir.
Dan gua sedar, gua patut ambik berat pasal messg pagi tadi. Kalau gua tahu "gini gamaknya" dah tentu gua sambung dating dengan Lisa Surianti dalam mimpi gua tadi.
Dah lah puasa, nak menjalankan tugas kakikukutangan dah lah tak cukup. Taw lah hampir 90% kerja-kerja dijalankan oleh robot yang tak bertawliah. Tapi kerja tetap kerja, takkan gua nak jadi buruh kasar peluh membasahi badan pada hari ini.
gua puasa beb..
3.00ptg
Jam "phone" gua berbunyi menandakan lagi setegah jam masa pulang ke rumah.
Sejak gua potong rambot ni, memang selesa tido.walaupun dibelakang "crontol panel".
Saba-sabar, hati gua berbisik selama 15 minit. terjaga dari tidur lena di sebuah kedai gunting. Betul pepatah melayu mengatakan. "Tak semua yang kita inginkan indah" walaupun berbayar, kalau tak menepati perasan dan jiwa lurani gua,tak guna jugak.
Lu taw, sejak awal tahun beb, ulang semula awal tahun beb, gua tak benarkan element-elment berbentuk pemotongan sentuh pada rambut gua. Tapi kali ni gua relakan kan hati, sebab gua rasa dah banyak sangat beban yang bertindan atas kepala gua ne.
Tapi gua relakan dengan harapan, supaya gua dapat hasil yang terbaik.Bukan suruh lu jawab final paper TERMODINAMIK 2 yang dah memang "killer". Gua suruh lu pontong rambut gua supaya pendek dan kemas..nasib baik gua terjaga dari lena, masa lu busuk hati nak potong "side burn" gua. Ingat gua ne budak sekolah kew? nak potong2 side burn.
ceyyybai..
tapi lu....
lu memmang lah. kalau tahu mcm ne gaya lu buat keja, gua sepatut nya repot dekat jabatan khidmat pengguna.
Sesi tamat kerja gua berkakhir pukul 7.30pagi. di sebabkan gua "shift" malam, minggu ni. Maklumlah kerja kilang. Lepas sahur jerk, rahmat dari tuhan datang. Hujan selebat-lebatnya. Tanpa di sengaja gua menepuk dahi, dan menyebut "Allah, hujan pulak!"
Gua redah balik rumah jugak, apa nak jadi, jadi lah.. sesi tido di atas katil dengan memakai boxer sudah bermain dalam otak gua.apa kes pagi2 dah keja, gua pagi2 baru nak tido.
Gua pow baju hujan member gua, yang baru masuk kerja, "complet" dari baju sampai seluar, kalis hujan. Tapi gua silap, lepas je keluar dari pagar tmpat kerja gua, kasut gua dah basah lencun. Stokin gua kalau diperah boleh dapat 2 gelas susu kaca. Baru gua nak "budjet" pakai stokin untuk satu minggu tergendala.
Dah dua hari gua lihat warna kuning je menyala, warna lain mungkin metol terbakar. Masa-masa puasa ini lah, banyak aduan tak laku, ramai perkeja JKR mula sibuk dengar lagu raya dekat radio Era dan Hot FM. Gua terpaksa mengambil masa, hampir air hujan masuk dalam seluar dalam baru gua dapat lepas dari "Trafit Light" pertama.
Lampu Isyarat kedua.
Yang ni gua guna istilah "FUCK SYSTEM", sebab lampu isyarat yang kedua ni, tak berhati perot. warna merah dia lama sangat.
Lampu Isyarat ke-3
Rentak hujan makin pelahan, lampu isyarat kali ini gua berhenti, di sebabkan lori-lori hantu dah sedia nak tekan minyak dari simpang bersebelahan. Kalau gua tak berhenti, paling tidak pun surat kabar metro esok ada cerita pasal gua.
Sedang menunggu giliran berlepas, gua perasan gadis manis dalam kereta dekat simpang bersebelahan. Sepender basah, hujan lebat, lori hantu dan lampu isyarat gua campak tepi secara "spot". "check" masa 7.45am. esk kalau ada rezeki boleh lihat gadis manis tu lagi.
Tepat 8.00am gua sampai banglo 2 tinggat gua. Baju hujan tadi gua sidai atas pagi, moga-moga petang nanti kering. Basuh kepala takut nanti demam, muka kasi basah nanti nak tido baru ada angin2 sikit. Boxer gua dah sarung...
kemudian.
"Yuder! mak tadi suruh ko sidai kain dengan seluar ne..." by nenek gua.
Gua masa kat tempat kerja dah borak-borak, pasal warna baju raya tahun ni, puasa belom start tapi gua dan rakan sekerja dah gebang cerita baju raya. Majoriti rakan-rakan sembang gua, dah kawin,baru kawin yang "late's" dapat baby pun ada.
Masing-masing berkerut dahi fikir budjet raya tahun ne. Duit tol balik kampung,duit minyak,duit anak buah lagi duit baju raya bini lagi dan macam-macam jenis pengeluaran duit . Ada setengah-setengah "part" dia orang saja buat ayat sedih, bagi gua rasa nak hulur sedikit bantuan maklumlah gua bujang tak laku. Tapi gua kebal dengan ayat-ayat sedih, buat muka selamba jea..buat gua ne menapung keluarga seramai 10 orang pulak.
Tapi satu jea ayat gua tak boleh nak tepis.
Sahabat di tempat kerja: "Wey tahun ni lu pakai baju 'SEDONDON' warna apa pulak?"
Bagun saja pagi sabtu, semua family gua tak ada, sebab malam tadi mereka dah berangkat rumah Pak chu gua. Stanby esok nak buat kenduri "Akekah", gua bagun pun ikut masa sebelah eropah. kira 1.00ptg bersamaan 10 pagi Malaysia lah. ( gua main agak jerk masa tu).
Adik gua dah beronggeng keluar katanya nak dating. Apa kes? abang sendiri tak pegi dating ini adik boleh pergi dating. Memang dah kertelaluan.
Nak harapkan sarapan dimeja makan memang haram tak ada lah. Bertuah lah kalau ada jiran nak hulur2 nasi lemak yang lebih kat gua. Macam biasa, bagun pagi-pagi. gua akan "wish" siapa-siapa tak kira lah, gadis-gadis mana. Dah memang tabiat. Walaupun dah masuk tengah hari, memang dah kira tabiat gua. Untuk menunjukan gua dah bagun tido.
Turun-turn dari bilik layan Astro, "check" kato0n apa yang menarik. Tapi Astro ne banyak menipu, asik tayangan ulangan jerk.
Sekali gua layan "Chanel" 303. korea sires. "Summer Scent" agak lama gua layan citer tu, menyentuh perasan sampai pukul 3.00ptg baru gua nak mandi.
Petang gua gerak UITM lepak dengan member gua bincang pasal "Final Project" yang macam sundal. Perah otak sampai tak ingat nak makan. pukul 9 malam gerak balik singgah melantak.
Sampai rumah, mak gua call, cakap adik gua tak balik malam sebab dia "stay back" rumah kawan dia..
Shit la! time-time ne lah gua rasa sunyi sorang pun tak ada kat rumah, ne pun layan cerita "Powerpuff girl".
Nak call gadis? Kenapa time-time ne tak ada sorang gadis nak call gua? Agak-agak nya gua tak tulis number fone gua kat belakang pintu tandas lelaki kot.
contoh nya:- LELAKI KESUNYIAN SILA CALL 019-XXXXXX.
Semalam gua dah bagun lewat pegi keja. walaupun dh mmg gua hari-hari lambat. Tapi pagi tu gua lain sikit, sarung 3helai baju + jaket. Gua rasa pagi tu dah start musim salji sebab tu gua dah stanby pakai baju tebal-tebal. Sampai tempat keja, suhu badan gua makin tak stabil, sekjap ok sekejap sejuk. Layan nasik lemak ayam pun tak berselera, 2-3 suap gua dah rasa loya. Rugi duit gua RM3.20sen.
Dalam hati gua, ni peluang gua ambik MC. Lalu gua gerak pergi klinik berhampiran, buat pemeriksaan. Hati gunda gulana pulak, doktor bagi penjelasan pasal H1N1. Pehh setakat ini baru ada 11 org yg maut tak kan gua yang ke 12. Astargfirullah.. Jauah kan lah...
gua dapat mc 2 ari. ubat tahan sakit,ubat batuk dan antibaotik.
doktor suggest gua togak air 100plus sebanyak mana yang mampu.
"Ko degil, nak naik basikal jugak!". Katanya senang nak pegi mana-mana. Ni sekarang dah kul 5.00 ptg, kedai basikal yg kita sewa nak tutup lagi setegah jam.
Gua dah macam separuh pengsan, tolak basikal naik bukit. Karma (nikon D200) buat-buat power padahal dah menyesal, tolak basikal satu hal, sangkut kamera berat nak dekat 1 kilo kat kepala satu hal lagi. Nasib baik gua punya kamera tak berat berkilo-kilo. Gua tak main lah nak pakai gajet2 power ne, yang peting hasil seni tangkapan tu mesti mendalam. Ada makna dalam gambar. (Gua cakap macam dah 10thn pegang kamera).
Bila sampai turn turun bukit, gua paling minat sekali.. sambil kayuh basikal bukak mulot besar-besar macam makan angin, dia punya angin memang mantap, teringat zaman gua kerja tangkap ular Anaconda kat hutan Amazon.
Shah Alam ada hutan Amazon.
Lu memmang kencang dengan Nikon lu lah bro.
Jelapang padi hotak hang, ne kat Shah Alam la.
sawah padi made in Shah Alam.
Gambar ini di ambil masa mula-mula perjalanan. nampak bersemangat.
Aktiviti menyakat Hanjeng adalah satu kerjaya yang merbahaya. Jadi kepada yang tida skill menjerit seperti "Ahmad Idham" diharap tolak sahaja tepi keinginan anda untuk meneruskan operasi.
Setiap Isnin sampai Jumaat, dari pukul 11mlm sampai 12mlm, gua tak ada peluang langsung nak sentuh remote Astro. Kalau dapat pun boleh tekan info jerk, nak tukar chanel layan comform kena maki dengan mak dan nenek gua.
Start Astro umpan citer-citer indonesia, peluang gua nak tgk documentari dan gosip2 artis tak ada peluang lagsung.Tak kan nak beli majalah mangga? baik gua beli dunhill 14 ada gak manfaatnya. Nak cakap gua ne dari keturunan indonesia, tak ada pulak ilmu batin dan halus2 atok gua bagi, yang ada pun almari zaman jepun. Itu pun dah nak reput, nenek gua pun dah oder almari baru nak tukar almari lama tu.
dari cerita "Puteri Terbuang", lepastu "INTAN" sekarang "Sekar"
Mula-mula gua tak ambik port sangat layan citer2 indon ne, tapi dah sampai mak gua, layan internet tgk kt youtube apa kes?
Gua tak ambik port lagsung citer-citer indon tu. Terpaksa tengok adalah..tapi sampai satu tahap adik gua tukar chanel. Tiba-tiba gua sound adik gua, tukar balik citer indon tu, sebab gua tengah kushuk layan..
betol beb gua tengak kushuk layan.
sampai mata gua berkaca2 kalau ada agenda-agenda sedih.
Pagi sabtu gua celik mata. Lihat jam kat tangan sudah pukul 3ptg, gua silap bukan pagi dah masuk waktu ptg. Gua memang pelik, tido pakai jam sebab mudah nak bagun solat. Tapi ari ne gua sangkut solat subuh.
Ini kerana malam tadi gua bersengkang mata layan citer 'Slumdog' dan layan ayat kat gadis2 manis kt yahoo mail. Kalau gua buang tabiat tu, dah lama gua jadi AJK surau. Merangkap tukang azan suboh.
gua ambik towel turun ke bawah ushar toilet. mak gua dah membebel, sebab tak sarapan pagi, mempertikaikan berat badan gua yang kurus sebab 'skip' makanan.
sambil mandi, gua pikir apa nk buat hari neh.
gua perlu ayan citer ni. kisah sekelompok hiwan yang setia pada kawan2nya. Tak macam gua, yang dah tikam kawan gua. WTF gua memang rindu pada kawan2 gua.
Gua gegas pakai baju alar kadar, gua gerak ke GSC bukit raja. Beli taket, layan Mc'd terus balik.
lu tak percaya? gua layan sorang2 jerk... x ada gadis manis, x ada kawan gelak ketawa.
Dan gua telah mendapat rezeki petama gua. Sebagai juru gambar, walaupun tak seberapa hebat dan tak seberapa bijak mengendalikan kerja-kerja ini. Tapi ini adalah 1st step gua, kalau gua nak buat sesuatu yg lebih menarik dari hidup gua.
Bersyukur apa yang gua ingin mencuba, dan apa yang gua rancangkan dalam hidup. Seperti menjadi jurugambar kepada kawan-kawan gua.
Walaupun ada kalanya hasil tidak menarik, gua tetap memperbaiki yang terbaik. Bagi kawan-kawan, sebab gua pown dah 'chas' murah tak kan banyak bunyi lagi kot.
Dulu masa zaman jahiliah, lagu ne mmg memberi seribu makna. Dalam erti sebuah kawan, bila band2 perfom lagu ne, semua 'fan' turun menyanyi bersama. Ada satu ketika muka 'Agroo' pun boleh menitiskan air mata.
Macam tak percayakan dari sebuah lagu, boleh menjadikan seorang tu tewas, kerana lirik2 yang penuh bermakna.
Jika hendak memiliki, teman yang mempunyai kereta? bersikap 'cover' ketika berjumpa? Memiliki kulit yang cerah? Matawang yg tinggi di dalam wallet? MAAF ANDA TERSALAH ORANG!,Tiada kelebihan itu pada saya.Seorang yang Pemalas,Gelojoh,Kaki makan,Perokok Riang,Gelak Kuat-Kuat,Kaki Kutuk,Kaki Bola,Kaki Conteng itu adalah antara yang terdapat diri saya. ANDA BERKENAN?