Thursday, May 31, 2012

rudin dan kehidupannya part 3

Rudin kini bekerja di sebuah kilang jentera berat. rudin di letakkan di bahagian pemasangan 'body'.

Dengan pengalaman kerja yang lama serta kelulusan tinggi rudin boleh dikatakan orang kedua besar dalam 'departmentnya'

bagi rudin kerja yang lasak dan kotor adalah dikategori jantan sebenar. Pagi rudin bersih balik rudin kotor. Pagi rudin macam artis balik rudin macam pengemis.

sehinggakan rudin terpaksa membeli mesin basuh baru khas untuk baju kerja dia sahaja. rudin tak kisah sebab duit banyak.

Baru sebulan rudin berkhidmat kilang tersebut. rudin mula disenagi ramai pekerja. Baik dari abang 'partgurad' hingga ke makcik kanteen.

Mereka menggelarkan rudin bujang kaya. Kerana setiap hari rudin akan berkerja lebih masa termasuk hari cutinya.

bila ditanyakan kenapa rudin tidak keluar dating?

dengan pantas rudin membalas "saya kerja kilang balik kerja pun kotor-kotor mana ada yang nak sangkut."

Tuesday, May 29, 2012

rudin dan kehidupannya part 2

rudin makin bebas bekerja, hari-hari kerja. dan kerja hari-hari.

sesekali cuti sehari, masanya cuma tidur di ruang tamu dan ada kalanya menonton wayang berseorangan di panggung jusco kira-kira 20 kilomiter dari rumahnya.

Bagi rudin aktiviti keseorangan memang dia dah biasa buat. menonton wayang serta membeli belah.

kesibukan kerja dan mencari ilmu berhasil sehingga rudin mendapat taraf pendidikan yang boleh dibanggakan oleh bakal bapak mertua.

"Bakal laki anak aku tu tinggi belajarnya." kata bakal bapak menantu rudin satu hari nanti.

rudin bosan dengan kerja yang dia lakukan. sudah 3tahun rudin berkhidmat dalam kilang tepung. akhirnya rudin mengalih pandagan masa depannya dengan mencuba kerja yang baru.


tetapi hasilnya tetap berkerja di kilang.

Monday, May 28, 2012

rudin dan kehidupannya.

Rudin buang kisah yang lama. Baginya kisah itu permulaan mainan dunia baginya.

Rudin mulakan langkah baru, tekat azam yang membara. seperti lagu Faizal Tahir "memburu jiwa".

Rudin kini beraksi lebih aktiv dalam kerja. Balik pagi pulang tengah malam. seperti yang dia lakukan ketika tiada cinta satu masa dahulu.

Rudin tekun kerja sampaikan tokey kilang tepung menjanjikan habuan terbaik pada bonus tahun ini untuk rudin sahaja.

Cara teguran rudin pada orang-orang bawahannya tidak seperti dulu lembut dan jambu arahannya. Kali ini rudin lebih tegas untuk menggubah pendiriannya.

Duit demi duit rudin kumpul demi masa hadapan. walhal dia tidak tahu apa makna dia menggumpul duit.

Akhirnya rudin mendapat jalan altenatif, mencari ilmu secara separuh masa.

rudin sibuk membahagikan masa kerja dan belajarnya. sudah lama dia meniggalkan alam persekolahan sehinggakan.

Dia lupa zaman sekarang pemadan pen berwarna biru sudah pupus.

Sunday, May 27, 2012

Rudin dan cintanya

rudin dulu punya cinta. Cinta yang jahil dari segi akidah agamanya.

Tapi nasib rudin malang akibat kurang agama cintanya pergi. Dan rudin berhati rapuh pada waktu itu.

kotak demi kotak rudin hisap, sehingga tokey kedai runcit tahu perisa rokok rudin.

Hati rudin bagaikan dilanggar seketul ice batu dalam cerita Taitanic keluaran 90an.

Baginya hidup selama dia bercinta adalah sia-sia. bagaikan memetik bintang dilangit. walhal kita sedia maklum bintang bukan sejenis pokok atau buah. nak dipetik-petik.

Hati rudin gundah selama 6 bulan. akhirnya rudin menamatkn kesakitan itu dengan mencuba hobi terbarunya.

Menggumpul putung rokok.

Friday, May 18, 2012

Rudin

Rudin seorang yang mengikut gaya peredaran zaman. Baginya itu lah 'point' supaya dia tidak di Klasifikasi sebagai golongan-golongan kampung.

Dari segi percakapan dan gaya, Rudin lebih ke arah penyanyi 'indie' dan baginya lagu dan seni memang takdir hidup sejak dari kecil lagi.

Soal gadis-gadis manis, Rudin lebih memikirkan keselesaan berbual dari memikirkan soal hati. Baginya jodoh kerja tuhan. Kerja tuhan bukan jenis yang boleh makan punya.

Kini Rudin berkerja di kilang Tepung di Balakong. walaupun sudah berkhidmat hampir setahun Rudin kini di gelar pembantu 'supervisor'. Semuanya hasil usaha beliau tanpa guna mana-mana 'kabel'.